Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 3 October 2014

Terima Kasih

I wanna wrote a lot for last entry, tapi sebab migrain melanda daku, tiba2 rasa kebencian yang nyata kat blog semalam. Dasar perempuan dan unstable emotional sungguh.

Actually I would like to thank everyone (if possible in person) especially who sacrifices a lot towards my success today.

First mestilah emak ayahku yang sangat banyak berkorban untuk aku. Tak tersenarai pengorbanan, dari segala segi dan sudut. Sebab ayah kerja, mak lah yang paling selalu teman aku. Teman ke court la, hatta sampai urusan aku ke kat KL pun dia teman. Aku boleh je pergi sorang, tapi mak kot kan and ayah pun suruh teman, mana lepas anak dara yang jelita wander sorang2 kt mana2 bandar metrobanyaksetan haha. Ikut kepala aku, semua nak buat sorang2. Kesian kot, kadang2 kena jalan jauh gila, aku yang muda ni pun semput kadang2. Kau memang lembik Nadia! Haha

Next, terima kasih untuk lawyer2 firm aku, yang banyak ajar aku selok belok guaman, yet there are still so many things to learn. Learning process is forever. Terima kasih jugak untuk semua kakitangan firma guaman tempat aku chambering. Clerks yang da kerja bertahun-tahun ni, serius cakap, lagi pandai dari young lawyers *bow*

Terima kasih jugak untuk kawan2 yang banyak membantu. Yang jawab segala soalan annoying aku, yang tak jemu melayan aku merungut rasa nak quit law nak jadi cashier 7e, yang sentiasa bagi kata2 semangat saat aku hampir tersungkur.

Terima kasih kepada semua kakitangan Mahkamah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur yang memudahkan urusan pemfailan aku. Yang menyusahkan aku, sayonara to you haha. Sayonara tu apa entah maksudnya. Terima kasih untuk staffs Perak Bar dan Malaysian Bar. Terima kasih jugak untuk staffs AG Chamber.

Dan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

*angkat sikit dress, dan berlalu ke belakang pentas diiringi usher*

Nanti aku sambung lagi pasal long call. Lerrr tak habis lagi??? Haha

Ala korang ni, sabarlah melayan aku. Dah kerja nanti tak boleh nak cerita pasal kerja sangat, melanggar hak asasi clients ku nanti. Nanti aku diam, korang pulak sepi. Kahhhhh!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance