Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 12 October 2014

Snorkeling di Pulau Perhentian

Hari kedua dimulakan dengan solat Subuh 2 rakaat lillahi taala. Gituu, takde siapa solat Subuh 3 rakaat oi. Lepas tu pergi breakfast. Dah breakfast masuk bilik salin bikini swimming suit.

Dalam pukul 10 boat datang nak bawa pergi snorkeling. Semuanya 5 check points. Hasil dalam laut lebih kurang je, takde pulak aku nampak Sponge Bob hahahahahambar. Kitorang pergi sekali dengan sepasang suami isteri, difahamkan suami dia sprinter Malaysia tapi tak pernah aku nampak. Oh mungkin dia terlampau laju sampai video tak boleh nak shoot dia ataupun kau memang tak pernah tengok sukan Nadia. Kau rasa? Haha. Ada 3 budak perempuan UiTM Puncak Alam dengan 6 budak laki UiTM Shah Alam. Memang percutian UiTM sungguh.

Subhanallah memang cantik ciptaan Allah yang di dalam sana, especially kita jarang-jarang tengok kan. Ikan bermacam jenis dan warna. Batu karang yang bentuk rafflesia pun ada. Dengan rumpai laut yang berayun lembut. Budak laki tu slumber je pegang gamat. Shark pun hado, jangan kau tak percaya, patrick pun ada, squidwed je tak nampak haha.

Ada satu point tu kitorang berhenti, nampak penyu. Punya sporting penyu tu, dari dasar laut dia berenang ke kitorang. Dorang sempat selfie dengan penyu. Mungkin penyu tu kesian tengok kitorang,mampu snorkeling je tak mampu scuba diving, tu dia yang tolong naik kan diri ke atas. Thank you cik penyu hihi.

Pagi tu aku mabuk laut teruk gak la, tak pernah aku mabuk laut. Rupanya sebab aku period, dengan migrain and perut masuk angin, dengan boat goyang2, memang set combo yang lengkap haha. Aku muntah kot dalam laut. Ikan makan muntah aku, mesti dorang jadi badang lepas ni. Euwww Nadia, gross! Haha. Lepas dah lunch, dah makan aiskrim solero dah makan asam baru aku bersnorkeling balik dengan gumbira. Abang boat tu cakap mabuk laut sekali je seumur hidup. Yeke?

Lepas tu abang tu lepaskan kitorang kat tengah2 laut, literally. Air memang hitam, and yes kat situ bergelora gila. Kejap je aku dah jauh dari boat, ombak tarik. And aku tak lepas2 nak ke boat sebab air mengganas. Aku kedepan sekali, dia tarik ke belakang 10x. Gitulah, penat I nyah. Kalau bercinta nak cakap ombak bergelora pun sanggup ku renangi demi mu memang tak lah! Haha.

Last2 abang boat datang selamatkan kitorang. Abang boat memang hebat, tanpa life jacketnya, dia tarik kitorang 5 orang kot. Perghh tabik2. Kalau dia tak tolong, sampai ke Maghrib agaknya kitorang tak sampai2 ke boat. Serius jauh.

Last point pergi Romantik Beach. Ouchhh, jernih ya amat. Kat situ je ada pantai nak lepak. Tak banyak rumpai laut, so memang air sangat crystal clear. Cantik sesangat. Kat situ lepak paling lama, dekat sejam lebih.

Snorkeling with awesome strangers dengan budak laki UiTM yang sah kepala masuk air. Tak betul sekor sekor haha

Dalam 530 balik lah kami ke resort dan mandi dan berehat. Sebab macho tak pakai sunblock, memang aku burn macam Burn haha. Nanti aku sambung lagi, sekali dengan bajet. Bukan bajet 2015 Najib la tapi haha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance