Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 3 October 2014

Preparation sebelum longcall

Sebelum long call, selain pastikan semua dokumen in order, banyak yang kene urus. Pastikan seminggu sebelum long call dah dapat letter of no objection dari Bar Council then bagi satu copy ke court tempat nak long call.

Buat speech untuk mover baca nanti time hari long call. Bagi 2 hari sebelum hari kejadian, kot2 mover nak practise depan cermin ke haha. Mover mesti yang dah practise 7 tahun ye, not from your firm. Time hari longcall, bawak speech 4 copies, nanti nak serve ke Yang Arif and peguam2 BC dengan AG. Bawa lebih takpe, kadang2 mover lupa bawa. Lupa bawa takpe lagi, jangan lupa datang sudah haha

Siap2 kan deraf perintah. Dah dapat order dari YA terus mintak sign 3 lawyers tu untuk difailkan ke KL.

Kalau kat Taiping, hari long call kena buat sikit jamuan makan, bajet dalam 150 orang. Jemput semua lawyers kawasan, tapi ramai yang tak datang, yang ada kes hari tu je datang. Kitorang siap buat kad jemputan. Praktis kenduri kahwin nanti :p Jamuan buat kat parking lot mahkamah je.

Time longcall kena pakai robe dengan bip. Bip laki perempuan beza. Perempuan ada renda2 sikit, ada lapik sikit, perempuan kan, haruslah jelita haha. Aku pinjam je sebab aku mainly buat convey, so tak guna sangat, malas nak beli.

Sehari sebelum long call, call Perak Bar dengan Pejabat DPP Daerah tanya wakil dorang untuk longcall kita. 

Tu je kot pasal longcall. Kalau ada hadek2 yang nak tau lebih lanjut, apa2 kemusykilan boleh email hakak yang tak berapa nak tahu ni. Tapi apa yang boleh tolong hakak sedia membantu kecuali masalah kewangan haha. Kalau nak sembang panjang nanti hakak bagi nombor handphone hakak. Jangan malu bertanya.

Practising Certificate (PC) maybe tahun depan baru aku apply sebab ni dah nak hujung tahun, rugi and apply sekarang pun tak boleh dapat cepat. Maka sementara ni marilah bersenang lenang belajar berenang.

Okay okay, habis dah cerita pasal long call. Semoga aku jadi seorang peguam yang amanah. Aameen

Lepas ni aku nak citer pasal kobau dengan kambing pulak.

Selamat hari raya Aidiladha! Berhati hati melapah, jangan sampai terlapah kulit sendiri. Selamat makan daging selama seminggu -_-"


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance