Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 21 October 2014

Hospital Daerah kurang doktor senior

Come closer, widen your eyes, I want to bring your attention to this one important issue. Dah tak payah nak poyo nak speakang, sepak kang! Haha. This supposed to be a serious one Nadia *tegakkan duduk*

Okay macam ni cerita dia, aku tak faham sistem Kementerian Kesihatan macam mana, tapi memang Hospital Daerah takde penempatan untuk specialist eh? Kalau tak specialist pun at least senior MO. Janganlah letak semua freshie MO je dekat Hospital Daerah. Ingat orang2 kampung ni tiada yang berpenyakit kronik ke? Don't take for granted about human life, pretty please?

Dah banyak kes terjadi, pengalaman keluarga aku sendiri pun ada. And beberapa kes yang lain. Orang kampung ni memang malas nak gebang2, nak saman bagai, dorang redha. Memang betul kalau dah ajal tu, buat macam mana pun dia pergi jugak. But at least before that he received the proper treatment he supposed to receive.

Arwah nenek aku, sakit perut, pergi Hospital Daerah 2 3 kali, bagi ubat gastrik suruh balik. Then tak puas hati pergi Hospital Besar, check punya check tengok2 kanser perut dah ke hati. Hmmmm. Dah orang sakit perut secara kerap, makan ubat apa tak effect, carilah inisiatif lain kalau dah tak ada kepakaran.

Kawan ayah aku, accident, pergi Xray dekat Hospital Daerah cakap takde apa2 internal damages. Nak hantar ke pesakit luar. Aku tak tahu macam mana boleh refer kes tu ke Hospital Besar, Xray balik tengok2 3 tulang rusuk patah, usus kecil pecah dan lepas operation, koma sampai sekarang. Cikia sangat ke staff Hospital Daerah sampai Xray pun tak pandai baca. Ke mesin Xray rosak?

Lagi satu kes yang aku tahu, dia balik dari memancing, demam. Pergi Hospital Daerah kata demam biasa. Balik rumah pesakit tu meninggal, bila check balik rupanya denggi berdarah. Kalau kau family kau tak rasa ralat ke? Takkan benda common macam ni boleh buat mistake. Denggi kot, bukan malaria yang dah tak common.

Aku faham Hospital Daerah tak ada equipment yang lengkap tapi at least letak doktor yang berpengalaman sikit, at least they know which is serious, which need to refer to General Hospital immediately, which treatment to apply.

We cannot blame the freshie, nama pun freshie, HO 2 tahun mana cukup, they need a constant learning from the expert at least 5 years more. Lagipun aku baca satu blog doktor ni, dia cakap sekarang terdapat lambakan HO, sampai bila jadi HO tak berkesempatan kutip banyak pengalaman sebab terlampau banyak tangan.

Macam aku operation apendiks dulu, 1 MO round diikuti hampir 10 HO. Terkejut saya. Lepas MO tekan2 kawasan apendiks aku, 3 HO tekan jugak. Hoiii nasib baik apendiks aku tak keluar melalui hidung. Haha redha lah, mereka nak belajar kan? Sistem badan manusia ni memang complicated, sebab kita tak nampak apa yang jadi kat dalam kan. But please dont make a silly mistake.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance