Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 13 October 2014

Hari terakhir di Pulau Perhentian

Malam last kat sana, ada BBQ, pihak resort sediakan. Tak la meriah sangat, tapi okaylaaa. Lepas tu aku dengan Mira lepak dengan budak2 laki UiTM tu kat tepi pantai sampai pukul 12 pagi. Cantik sangat laut malam2 sebab bulan penuh time tu, terang nampak, dengan bunyi ombaknya. Bunyi macam romantik kan? Non hadoo, lepak dengan budak2 gila tu, gelak je kerja. Baru kenal boleh kutuk orang sama2, kutuk orang yang tak kenal pulak tu hahaha -_-''

Esoknya lepas breakfast aku dengan Mira balik la naik boat pukul 8 pagi. Bas kitorang pukul 9. Boat nak balik jetty Besut ada time2 dia. Pukul 8, 12 dengan 4 petang kalau tak salah. Naik bas balik Kuala Lumpur 9 jam oi! Aku dengan Mira tak larat nak tidur dah, tak sampai2.

Sampai KL, aku tidur rumah makcik aku. Esoknya baru balik Perak naik ETS pukul 3 petang. Sempat makan kat Pancake House, Midvalley dengan Ili. Sampai Ipoh, kena balik naik bas lompat ke Kuala Kangsar sebab mak ziarah kawan ayah accident dekat Taiping. First time jugak aku naik bas lompat dengan Bangla, Indon semua haha. Okay je, just tak tahu nak picit loceng kat mana, lepas tu tak pepasal nak berdebar. Hahaha loserr! *letak sign L dekat dahi*

Ni aku bagi roughly bajet untuk ke Pulau Perhentian kalau korang orang Perak lah.

1. Pakej = RM260.00 (termasuk boat pergi balik, makan breakfast 2x, lunch 2x, dinner 2x, bilik kipas, snorkeling 5 points *equipment included)
2 .ETS Ipoh - KL = RM25.00
3. Skybus KL Sentral - KLIA2 = RM7.70
4. Tiket flight KL-Kota Bharu = RM39.00
5. Teksi KB- Jeti Besut = RM20.00 (satu taxi RM78.00)
6. Bas Besut - KL = RM44.00
7. ETS KL-Ipoh = RM25.00

TOTAL = RM420.70

Murah kan? Rindunya Pulau Perhentian. Next nak pergi mana eh? Muahaha


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance