Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 20 September 2014

Wedding

Tadi aku pergi Manjung attend wedding Pain. Kerjanya attend wedding orang, sendiri punya entah datang ke tak. Eh? Haha. Kawan-kawan aku dalam 15 orang je datang. Aku drive bawa Ros dengan Jau. Sampai pukul 1, balik pukul 3. Nasib baik sedar diri tetamu, kalau tak dah tidur kat sofa rumah Pain agaknya. Haha

Pain cantik sangat. Tergamam aku akan kecantikan dia :) Semoga kekal bahagia hingga ke syurga 

Balik Baim tumpang aku. Dari Manjung ke Kuala macam2 kitorang sembang, mestilah isu pasangan hidup hihihi. Bukan main rancak keluar hujah masing2. 3 perempuan lawan sorang laki, terdiam jugak Baim tadi haha

But somehow conversation tadi buka sikit pandangan aku yang maybe sebelum ni tertutup. Aku rasa kita perempuan nak tau pasal laki, kena tanya laki gak. Tak maunya tanya perempuan, sebab perempuan terikat dengan emosi, kenangan lalu, dan pengalaman orang lain. Lelaki lebih rasional dalam memberi pendapat.

Ramai sungguh orang kahwin tahun ni. Stgehess mak, lagi2 bila orang mula bertanya. Bagaimana kah harus aku mempertegaskan bahawa hidup manusia ni lain2 jalannya?

Kau kahwin umur 23, tak tentu semua orang akan kahwin pada umur yang sama. Kau anak ada 8, tak tentu yang lain pun akan dapat anak 8, rahim sah lain2. Don't question, don't bother, just live your life.

Ha kamu bila lagi?

Aduh, kalau la Tuhan turunkan kat aku seketul buku kisah hidup aku, nescaya aku terus ke sub topik perkahwinan bila orang tanya bila nak kahwin. Bukan tu je, dapat anak pertama berapa hari bulan, normal/caesar pun boleh aku khabarkan.

Tapi malangnya hidup tidak semudah itu manusia2 sekalian. Tidak semua soalan ada jawapannya sayang. We must treasure it, explore, dig, strive before get the answer. 

Kalau aku boleh sabar, kenapa tidak anda? Mahu pinjam hati aku yang penyabar ini? Malah juga baik budi nya hahahaha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance