Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 2 September 2014

Splendid weekend @ Teluk Senangin, Perak

Ahad lepas ada small family gathering side ayah dekat Teluk Senangin. Aku lupa Ahad lepas merdeka, kalau tak aku dah lari di tepian pantai bawa bendera haha. Adik beradik perempuan ayah semua pergi, yang laki Cumi je pergi.

Petang lepas Asar, kitorang main sukaneka, aku group Merah. Seronok gila sebab mak mak yang ajar main ngelat hahaha. Macam2 mainan main. Baling belon air ke belakang la, transfer getah guna straw la, bawa bola pingpong dalam sudu, lumba lari, food relay, lari ambil air laut letak dalam cawan.

Dari Ahad ke Isnin kerja dorang main pasir je. Kejap je nak mandi.

Group Merah. Kitorang banyak menang kot, tapi bila malam umum pemenang kitorang number 3! Padiaaaa! hahaha. Kak Ngah taknak main, tapi bila dapat hamper nak share paling banyak. Banyak cantik! Haha

I cant imagine kalau semua ada, ni baru separuh. Maknyah siap pakai baju kurung sebab balik kenduri terus datang. Main siap jatuh2 bagai haha.

Kecoh as always


Konon nak lindung dari angin, tapi jari jarak2 -_-''


Tunggu giliran. Susah gila nak senyapkan semua orang nak bagi arahan. Semua nak bercakap serentak. Haipppp! Haha. Laki belakang aku tu cousin sebaya aku. Time main food relay, bahagian dia maggi cup. Boleh dia makan dengan penuh kenikmatan. 'Mana maunya makan maggi laju2' katanya. Aku hempuk gak la, aku punya la telan 4 ulas oren selaju mungkin, sampai turn dia, kalah terus! Begero! Haha

Ombak kali ni boleh tahan ganas. Aku tengah dukung Haziq. Berapa kali kami berada di bawah gulungan ombak. Malam tu aku makan makanan takde garam sebab dah ada siap2 dalam badan.

'Ayong catu lagi ayong', kata Haziq setiap kali nampak ombak menerpa pantai

Riba Haziq dengan Arissa sambil teka air laut akan kena kitorang ke tak haha

Budak meroyan ajak aku mandi time kami mula2 sampai. Kul 2 kot waktu tu, gila apa nak mandi! Haha. First time pakai tudung gaya ni, bulat nauu muka aku haha.

Habis sukaneka, aku naik banana boat (RM8/person) dengan cousins, pakcik aku and adik aku. Aku sorang je perempuan. Pedulik apa aku! Haha. My 1st experienced. It was awesome, just aku tak suka dia lambung kita ke laut, sakit woi hidung aku masuk air masin.

Malam tu kitorang BBQ dengan penyampaian hadiah. Siap ada lucky draw, dan aku tak pernah lucky. Huhu.

Pagi esoknya pukul 9 aku bangun terus terjun laut. Naik doughnut boat (RM10/person) pulak. Ni lagi extreme dari Banana Boat. Aku naik dengan Pakcik aku dengan cousin. Sebab perempuan, aku duduk tengah. Gila kau duduk tepi boleh melambung time dia drift. Tapi memang syok gilaaa wa cakap lu. Aku memang terangkat tinggi gila, cousin aku kat sebelah gelak gila. Hari ni aku sakit2 tengkuk dengan tangan sebab hentakan2 tu aku rasa.

Nak tengok video Banana Boat dengan Doughnut Boat sila follow IG aku : nadiaroslantahir. Tapi aku approve orang yang aku kenal je kakaka.

Last weekend was the best weekend for 2014. Thank you Allah for awesome families member.

Chalet Teluk Senangin sendu sikit. Tapi bertabahlah sebab korang duduk dalam tu untuk tidur and solat je, yang lain hidup korang dalam air.

Siang2 banyak lalat, malam2 banyak nyamuk. Biasa la tu, tepi laut. Nak selesa pergi shopping mall! Haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance