Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 25 September 2014

Macam2 hal nak long call ni

Semalam, satu Taiping aku dengan Dayah pusing, jemput lawyer-lawyer kawasan datang long call ceremony aku dengan kawan2, Rabu depan InshAllah. Lawyer2 Taiping semua baik2 belaka, ada sorang je annoying dan sinis. Heh'. Sebabkan courtesy je jemput, kalau tak hmmmm

Lepas lunch hour, hujan lebat gila, lenjun aku. Aku perasan, setiap kali nak uruskan hal chambering, mesti hujan. Syahdu betul jalan sana sini dalam hujan, walaupun ada payung, lenjun jugak aku. Ada sorang lawyer siap suruh keringkan badan dalam office dia, siap nak pinjamkan payung. Baiknya lahai :')

Semalam time bagi kad jemputan dekat Boss, dia cakap 'Ha kamu nak jemput aku kahwin ke ni?'. Amboi biasa dia tu, tanya soalan sensitif haha. Tapi aku jawab 'Oh, itu tahun depan haha' *confident*

Time jemput hakim2, stuck kat satu bilik Hakim ni dekat sejam. Sembang gelak2. Hakim2 ni kat bench je garang, luar court sangatlah baik dan humble (ikut orang jugak lah haha). Hakim tu siap cakap 'kalau awak appear depan saya nanti, kalau saya marah, janganlah simpan dalam hati, saya berlakon je tu haha. Tapi nak appear depan saya mesti kena study kes siap2, don't take things for granted'. Terima Kasih Tuan, atas segala nasihat :)

Alhamdulillah, semalam sempat jumpa mover, sempat cari robe boss and bip untuk aku. Pinjam je, tak koser nak beli haha. And da bayar deposit katering. Kan aku cakap, long call ni macam kahwin -_-''.

Balik semalam gigil2 aku dalam kereta, satu badan basah. Hujan lebatnya, air kat jalan pun dah naik.

Aku rasa dah takde apa2 sangat nak settle. Isnin ni call Perak Bar tanya siapa representative Malaysia Bar, pastikan papers in order, print deraf perintah dengan bawa semua dokumen chambering. Speech pun dah suruh Chenyah edit.

Letter of no objection dari Malaysian Bar pun dah dapat Isnin lepas, dah serve ke court pun.

Ya Allah, permudahkan lain2 urusanku :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance