Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 6 September 2014

Exam online Kastam W41

Aku tengah buat exam online kastam ni. Ikutkan taknak buat tapi takut pulak kena blacklist dengan SPA. Nampak tak berapa aku dengan senang lenangnya boleh update blog lagi haha. Parents aku suruh buat je, so aku buat la, kalau tak sekarang mungkin aku tengah mimpi makan kismis dengan Arjun Rampal.

50 soalan, 30 aku hentam dengan penuh yakin sambil tersenyum. I dont put any hope, seriously. Sambil jawab aku sempat ke tandas dan updates applications dalam handphone. Haha

84K calon dipanggil ambil exam, hanya 243 sahaja kekosongon. Kahhhhhh! Kelakar sungguh rasa hati ini.

Soalan part I takdelah susah sangat kalau kau berpengetahuan am yang luas. Macam aku yang tau sikit2 pasal law ni, lepas tu tak pernah ambil tau hal lain, makanya antara 50 tu yang konfiden jawab adalah 5 sahaja! Bahahhaha

Baru habis jawab section II. Soalan math. Oh I love math so much! Padiaa amek law tak tau haha. Sungguh kau tiada tekad dalam diri. Soalan okayy just masa tak cukup. Blerghhhh! Rindunya math. Nak cari suami nama Mathew la. Kah kah kah tak kelakar langsung!

Hari tu aku pergi Pejabat Kastam untuk hantar audit pejabat, amboi suram sangat, macam bilik mayat haha. Aku baru tahu hantar audit ke kastam, aku ingat kastam ni kerja dia bahagian penyeludupan je. Takpelah, biarlah aku jadi lawyer je, boleh fully utilise suara yang kuat ni. Kadang2 aku malas nak cari kerja lain, sebab most in house nak pengalaman. So legal firm lah tempat yang sudi bagi aku pengalaman.

Dengan sesetengah tempat yang kuat kroni dan kabelnya, membuat aku menyampah. Tapi aku tetap percaya rezeki itu dari Tuhan yang Maha Memberi.

Bagi aku exam online ni perlu diperbaiki lagi. Contoh tadi aku dah jawab 40 kot, tiba2 system cakap aku baru jawab 29. Tak kisah la, apa lah sangat nak hentam second round hahaha. Lepas tu kau kena make sure line internet kau okay, nasib baik sekarang aku kat rumah pakcik aku yang pakai unifi, so senang connect.

Lagi satu kau tak rasa serius nak jawab sebab kau pakai baju serabai, kau jawab atas katil. Boleh jawab sambil meniarap, menenggong, kaki atas kepala katil. Keadaan ni buat kau rasa benda ni bukan satu yang serius. Sambil jawab boleh makan nugget, update blog *terasa*. Lepas tu, kau dengar mak kau tengah seronok bergosip dengan saudara mara, lagilah perasaan nak cepat habis tu menerpa dan hentam adalah solution terbaik haha.

Mungkin ni hanya pandangan aku yang jenis manusia tak serius. Kot2 orang lain siap bertie, berbaju kurung, pensel asah, kalkulator ganti bateri, pintu bilik kunci nak jawab exam ni. Entah2 kau sorang je Nadia yang pakai baju tidur jawab sambil main2 dengan adik sedara hahaha.

Lepas tu tak tepati masa, tak tahukah masa itu emas? Patutnya nak dah habis dah masa, ni section III pun tak start lagi Zzzzzzzz

Cepatlah, bila nak masuk section III ni, aku nak ke KL ni jalan2 cari pasal. Section III ni bahagian psikometrik, orang sycho je boleh jawab aku rasa haha.

**Hari tu wartawan program Safiyya TV9 email aku, untuk interview aku pasal Rabun Warna di kalangan keluarga, dia jumpa pasal ni pun kat blog ni. Tapi atas sebab2 tertentu, aku terpaksa tolak. Kalau tak aku dah masuk TV weh, mesti boleh glamour macam Kim Kardishan Kah kah kah! Wartawan tu siap cakap slot kali ni ada Prof Muhaya, tapi dia bahagian lasik la. Tapi bukan aku la nak masuk2 TV ni hihi. Aku pun baru tau kewujudan program tu kat TV9 haha

2 comments:

  1. semoga rezeki berpihak pada kamu. dengar2 nak ambil calon yang ada basic strong dalam bidang perundangan.
    insyaAllah. saya doakan yang terbaik buat kamu

    ameen

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance