Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 August 2014

Sijil Penampalan, Sijil Kelayakan LPQB, Bayaran Discplinary Board & Instrument

Isnin lepas aku berada di KL untuk menguruskan hal filing borang Long Call aku. Filing hari Selasa, Isnin uruskan macam2 hal untuk pastikan semua documents in order. 

Sijil Penampalan
1. Mula2 pergi High Court Jalan Duta, KL. Pergi bahagian RKKK (Rayuan Kuasa2 Khas). Budak Chambering memang akan familiar dengan department ni. Cakap dekat kerani situ nak buat sijil penampalan. Nanti dia bagi kau satu borang dengan bundle notis penampalan dari semua High Court Semenanjung Malaysia. Kerani tu akan ajar macam mana nak isi borang Sijil Penampalan tu.Jangan lupa cakap kau student outstation, nak extract cepat sebab nak filing esoknya.
2. Then kau pergi kaunter 3/4 bahagian E-filing, mintak kerani situ presipi. Dah isi presipi, bagi balik dekat kerani kaunter 3/4 tu, nanti dia bagi nombor giliran dan berapa kau kena bayar untuk biro perkhidmatan
3. Pergi ke mesin nak bayar Biro Perkhidmatan. Pastikan duit korang sado, supaya machine tak reject duit korang. Perasaan di reject sesungguhnya amatlah lahabau rasanya haha. (RM10.00)
4. Tunggu nombor dipanggil. Then bagi dokumen untuk kerani tu scan.
5. Dah siap scan tunggu nombor yang sama dipanggil kat kaunter 17. Ambil invoice kat situ.
6. Pergi bahagian bayaran, bayar harga e-filing untuk sijil tu. (RM40.00)
7. Dah bayar pergi balik bahagian e-filing, hantar invois yang dah dibayar ke kaunter 18. Nanti dia cop BAYAR.
8. Then korang keluar la dari court tu, buat apa lagi? Balik laaa! Haha
9. Petang sikit dapatlah email cakap sijil penampalan boleh extract

Dah siap urusan tu, aku pergi Wisma Maran nak bayar RM200.00 untuk Disciplinary Board dekat Tingkat 8. 

Then aku pergi bayar RM30.00 kat Bar Council untuk instrument. Resit yang bayar 200 tu jangan buat origami ye, sebab guna sampai hari filing dan simpanlah sebagai kenangan di hari tua. Kat BC pun dorang nak tengok resit 200 tu. Simpan dua2 resit.

Then tunggulah BC issue kan instrument korang. Simpan baik2, cium sikit instrument sebelum dimasukkan ke dalam fail sebagai tanda kasih sayang.

Lepas tu aku ambil sijil Kelayakan aku kat BC. Cek2 tengok nombor IC aku salah oiiii! Aku perempuan kot, apehal belakang 3, walaupun aku perangai sedikit jantan, tidaklah pula sampai nak tukar jantina.

Then aku pergi LPQB, dalam 200m dari BC, jalan kaki, dalam hujan, syahdu tak pengorbanan aku? haha. Aku tanya dorang macam mana dengan kesalahan tu. Dorang kata seminggu baru siap sijil kalau nak dorang betulkan. Gila! Esok aku nak filing, takkan nak duduk KL seminggu, takkan nanti nak datang balik.

Aku patah balik ke BC (masih hujan), tanya dorang macam mana. Dorang cakap, takpe filing je, nanti dapat sijil baru ekhsibitkan dan buat afidavit pembetulan. Pffft. Then aku patah balik ke LPQB, cakap apa BC bagitau. Lepas tu dorang pulak cadangkan untuk Director LPQB keluarkan satu surat mengesahkan nombor IC sebenar aku.

Panjang lagi cerita sebenarnya, tapi Alhamdulillah selesai. Pihak court pun tiada apa2 bantahan. 

Nanti aku sambung pasal filing borang 6,7,8.


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance