Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 August 2014

Resort Cinta Sayang, Sg. Petani

Sabtu lepas aku pergi Sg. Petani, ada family day pejabat ayah. Bukan main jauuh buat, apehal tak ke Thailand terus, boleh makan pulut ayam. Yang up sikit kat SP ni memang resort ni kot, sebab dulu aku dinner UUM kat sini gak. 

Tetap macam dulu resort nya, tiada up grade apa, sendu sikit haha. Dinner tak sedap langsung haha. Breakfast okay la. Bilik pun so so la. Nasib baik free, kalau saja2 nak datang bercuti, tak kot aku ke sini. 

Family Mak Ida pun pergi sebab Pakcik satu pejabat dengan ayah. So time dinner budak2 ni masuk pakaian beragam, Fakhri johan weh sebab dia pakai baju Melayu dengan tengkolok kot. Kena dengan tema Raya + Merdeka. Siap kempen save Gaza.

Dinner

Pagi esoknya lepas breakfast masuk waterpark dia, The Carnival. Kecik je, tapi okay la dengan harga, air kotor sikit. Sebelum mandi budak2 ni masuk pertandingan mewarna. Gila kau mewarna dalam waterpark, memang tak keruan la budak2 tu, bukan tengok kertas, tengok kolam haha. Kali ni Kak Ngah pulak johan mewarna hihi.

time ni tengah breakfast, dorang da meroyan nak mandi

Kak Ngah menang! Yeayyy!

Aku lepas salin baju. Aku naik slide dia. Ada satu tu curam nak mampus. Aku jerit macam nak terkeluar anak tekak, tapi tak terjerit. Faham tak? Haha Sakit jantung aku. Dulu time budak2 main steady je, nampak sangat faktor usia haha

Malam Ahad tu aku gerak ke KL nak filing borang Long Call. Tu nanti aku cerita lain.

*Hari tu time pergi Sg Petani, nampak muka Kak Ngah macam kena cakar. Kitorang syak adik dia, sebab adik dia baran gak, tapi adik dia mati2 nafikan 'butan. butan adik buat' haha. Lama2 luka tu jadi pelik, jadi merah, lepas tu makin dalam. Bila tanya Kak Ngah siapa buat, kejap dia cakap adik, kejap dia cakap sepupu aku, lepas tu dia cakap 'perempuan tu'. Nasib baik aku ada sorang pakcik memang belajar perubatan cara Islam ni. Dia pegang Kak Ngah, dia cakap ada 'benda' berkenan ke Kak Ngah. Ya Allah, moga Kak Ngah dilindungi. Tapi aku pelik, kalau berkenan kenapa cakar? Berkenan ke jealous? huhu

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance