Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 10 July 2014

World Cup 2014 is a bad history for Brazil, really bad T__T

I'm not a fan of football. I was. Zaman kecik2 dulu, suka benau tengok bola, time kecik aku macam jantan sikit. Da besar ni, sifat keperempuanan terserlah sikit demi sikit, so aku harus alihkan minat aku ke senduk dan periuk. Kahhh kahhh kahhh!

Kalau BPL, aku sokong Manchester United. WC aku sokong Brazil. Malaysia off course la Perak, gila sepere apa orang Perak nak sokong Johor. Sejak aku da tak minat ni, *tak tahu mana pergi minat tu* tiga2 pasukan ni macam merudum je prestasi, penting rupanya peminat macam aku ni haha. 

Tapi aku still tak tahu exact function football players. Yang aku tau funtion goalie je haha

1st World Cup aku tengok dan ingat when I was 12. Brazil was the champion weh *kibar bendera Brazil* Time tu star memang Ronaldinho dan Ronaldo. Aku siap ada poster Ronaldinho, I adore his teeth tehehehe. Time tu aku dengan pakcik aku je sokong Brazil. Time Brazil menang kami berdua je melompat sampai ke siling, yang lain menangis sendu hahaha.

Semalam bangun sahur, adik aku bukak TV. Aku pandang sekilas, sekali aku tengok Brazil 0 - German 5. Weh sumpah aku tak percaya. Walaupun aku tak tengok dah, Brazil tetap di hati. Aku pergi dekat2 TV, tengok betul2 dekat skrin. Betul la T____T Why Brazil why? 2-0 kaa bermaruah la lagi. Aku dengar sebab star (Neymar) takde Tolonglah jangan bagi alasan, please don't put hope on star, instead create one. Gituhhh boleh jadi coach dah aku ni haha

Lepas tu aku tidur, bangun nak pergi kerja pakcik aku bagitau 7-1. T___T Semi final ni weh, semi final! Aku tak tahu kenapa, walaupun aku tak tengok dah, tapi bila tahu team yang kita minat kalah teruk, sungguh aku turut meratapi. Apakah bangang sangat perasaan yang tak diundang ni? Haha

On the way pergi kerja, dengar Era, dorang called Maya Karin yang half blood Germany tu *turn off radio*

Berbuka semalam, ayah cakap "Teruk betul Brazil kena bantal semalam, hishhh teruk betul". Lalu aku tinggalkan juadah berbuka, basuh tangan, masuk bilik dan menangis bawah bantal. Haha tipu je. Gila kau semalam mak aku masak ayam masak merah, gila nak tinggal macam tu. Tapi hati aku sentap la, makan ayam pun rentap2 je haha

Dulu aku pelik orang yang fanatik bola ni sampai boleh nangis sebab team kalah. Now aku faham, walaupun lama da aku tinggal, ianya masih terkesan di hati. T___T I need to watch football again I guess, tapi nak bangun pukul 3 4 pagi memang boleh bla la haha

Aku Whatsapp kawan aku

+What happened with Brazil? T__T

-Hahaha team yang you sokong la tu. Next WC sokong German okay

+No! I setia orangnya *menangis sambil meratapi, why you did this to me Brazil, why?*

Eh cop, bukan hari tu dia cakap dia sokong Brazil as 2nd team dia ke? Ceitttt berpaling tadah!

Rasanya dah boleh kot aku uninstall application WC aku.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance