Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 18 July 2014

Something to ponder

Kelmarin bukan main kecoh viral video perempuan maki laki tua sebab incident yang alahai kecik bona. Menggeligih darah aku mula2 tengok video tu. Jadahnya nya hai perangai perempuan macam tu. Kereta kau tu bukan la special edition sangat. Kereta boleh repair kot, perangai kau tu siapa nak repair? Pelik aku mana datang kemarahan yang dasyat sekali, tak silap aku syaitan semua kena ikat sekarang. Ke kat lambang kereta dia ada sekor syaitan menyorok?

Tak pasal2 jadi tumpuan media, siap masuk radio kakaka. Tapi uncle tu banyak baik wooo. Alhamdulillah la kau perempuan tak kena buku dengan ruas, kalau dapat yang panas baran jugak aku rasa innalillah dah kereta kebanggaanmu itu.

We must respect elderly despite his religion and race. Nabi SAW yang ajar ni, bukan aku memandai.

Satu ayat uncle tu yang menyentak sanubari "Agama saya mengajar saya untuk maafkan orang yang buat salah dengan kami"

Sometimes we do present our religion when we deal with others. Always remember that.

Ambil lah pengajaran *cakap kat diri sendiri*. Uncle tu pun dah maafkan, kita yang takde kena mengena ni pun kena maafkan dia. Tak payah la nak troll bukan2 dah. Kelakar ada sian pun ada. Orang Malaysia ni kalau bab troll bukan main hebat dan pantas

Positive side is, mungkin lepas ni kalau mana2 laki terlanggar kereta perempuan, perempuan tak akan ditindas lagi haha.

*********************************

Malam semalam aku tidur awal. Bangun sahur aku baca Whatsapp kawan aku 'PrayforMH17'. Aku terus blur, apahal dia ni? MH tu bukan kapal terbang ke? MH370 kot dia maksudkan, bukan main jauh typo dia ni. Lepas tu aku bukak Twitter dengan Facebook.

Speechless. Allahuakbar. Innalillah......

Baru 4 bulan kita terkejut dengan MH370 yang sampai sekarang takde khabar berita, lagi sekali negara diuji macam ni. Sedih bona aku tengok muka tertekan PM kita, apa entah lagi ahli keluarga yang menanggung peritnya kehilangan sedemikian rupa.

What to say? This is fate. Ralat memang ada, especially kalau betul berita yang MH17 ditembak seperti yang dikhabarkan. Why on earth you need to shoot down civil aviation? Dah la nak raya dah. Wuuu

Betul la cakap Dr Fadzilah Kamsah, da 2 tragedi besar melanda negara kita tahun ni, inilah masa kita nak muhasabah diri, cari mana salah kita, dan betulkan.

My deepest condolences to all family members and friends of MH17's victims. Al-Fatihah.

**********************************

Dunia pulak digemparkan dengan isu di Gaza. Zionist Israel memang paling lahanat sekali perangai. Kalau MH17 kapal terbang ditembak, tapi di Gaza manusia directly ditembak, rumah dibedil. Allah.

Sebagai saudara sesama Islam memang rasa marah sangat tengok anak2 kecil mati, terkoyak muka, luka sana sini. Apa yang kita boleh tolong, salurkan doa dan sumbangan. 

This is more to humanity issue.

Semoga Allah tempatkan para syuhada di sana di tempat yang paling mulia di sisiNya. Semoga Allah kurangkan sakit dan beban mereka. Moga Allah melindungi anak2 kecil, wanita2 dan warga tua di sana. Aameen.

Kalau di syurga nanti mereka dapat tempat paling terhormat, sumpah yang lain takkan jealous dan tiada hak untuk itu.

My prayers are always for you, Gaza.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance