Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 23 July 2014

Iftar di Hotel Flengminton, Taiping

Semalam boss belanja satu office berbuka dekat Hotel Flengminton, Taiping. Dekat area Lake Garden. Satu mulut RM32 untuk dewasa, kanak2 tak ingat. Kalau kau banyak mulut, makin banyak la kau kene bayar haha.

Makanan not bad, tapi takkan tercapainya nak makan amaun RM32, kalau aku la. Macam2 jenis ada. Lebih kepada tekak Melayu, no western2 yaa. Makanan semua berasa la, takde la kurang masin ke terlebih manis ke. Worth it.

Nasi ada nasi putih dengan nasi beriani. Lauk ada la 5 6 jenis. Kotiau ada, mee/soto sup ada. Pasembor, desert, kuih muih, rojak buah pun ada. Air sejuk 4 jenis, air panas 2 jenis, sky juice, plain water. Kambing bakar pun ada, sos black pepper dia pun sodap.

Surau pun ada kat basement. Cuma hotel tu terlalu sejuk untuk aku, makanan pun cepat sejuk, so tak feel sangat. Dia tak letak pemanas bawah tray. Kerusi pulak jenis kaki kembang, so akan tersekat dengan kerusi lain. Kalau kau duduk tengah2 memang hazab nak keluar, dengan belakang ada orang lain nya. Haha itu pun nak komplen. Tapi yela, nama pun buffet, mesti lah nak bangun ambil makanan 20juta kali haha

Boleh duduk sana sampai 10 malam. Awat tak bagi sampai sahuq terus? Haha. Semalam kitorang dekat pukul 9 balik dah. Masing2 da overload hihi.

Kalau orang Taiping maybe dorang tau tempat lagi sedap untu berbuka, aku orang Kuala Kangsar pergi Hotel tu rasa berbaloi la. Orang Johor jangan nak datang semata-mata nak berbuka kat sini pulak haha. 

Sorry la gambar makanan ke apa memang takde, korang guna je la imaginasi korang, tak kuasa aku nak snap gambar haha. Overall aku bagi 3.7/5 hehe.

Kat Kuale da ramai gila orang. Mana datang tak tau. Semalam siap ada maskot Mickey Mouse dengan Mini Mouse dekat tepi jalan. Ha sudah, ni Kuale ke Disneyland? Haha. Seronok sebenarnya suasana nak dekat raya ni, but being me I hate crowded bahahahaha.

Salam 25 Ramadhan :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance