Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 21 July 2014

Allah hears you

Betul lah, setiap apa yang terlintas kat hati kita, Allah itu Maha Mendengar, walaupun kita tak zahirkan. Aku ni jenis segan meminta sikit dari mak ayah. Jarang la aku request nak makan apa ke, apa yang mak masak aku baham je walaupun ada benda yang aku tak berapa nak makan. Tapi dalam hati; Ya Allah sedapnya kalau dapat itu, ini.

Da 2 3 hari aku teringin gila makan Nasi Arab. Nasi Arab and all jenis of pasta memang favourite aku. Tak tau la kenapa teringin secara tiba2 dan nak sangat. Lepas tu semalam tengok Romantika Imam Muda Asyraf, dia makan nasi Arab kat Jordan, lagi la meleleh air liuq. Kuangjaq sangat pergi Jordan makan nasi Arab tak ajak aku haha 

Tapi aku malas nak request kat mak ayah aku. Padahal dekat Kuale ni ada je kedai Nasi Arab, not bad la rasa dia, sedap lagi dekat Ipoh, sedap lagi dekat Shah Alam. Mak sibuk dengan biskut raya, ayah sibuk kemas rumah, so biarlah.

Tapi tu la terbayang-bayang, macam gila bayang kau tau haha. Faham kan perasaan teringin tapi segan nak mintak? Haha Macam mana la orang mengidam yek?

Semalam mak aku keluar pergi beli barang rumah. Dalam pukul 10 malam dia balik. Tiba2 Ayah cakap 'Mana nasi Arab tadi? Bak sikit nak makan'. Dari pembaringan aku terus tegak duduk weh dengar Nasi Arab. Aku tanya mana dapat. Mak cakap, mak balik kampung kejap, ada lebih pakcik aku beli, so dia suruh bawa balik. Lantas aku jerit aku nak haha.

Time makan sumpah rasa nak nangis *over emo*. Rasa macam sayangnya Allah dekat aku, pemurahnya Allah, ke semalam Lailatul Qadr sampai apa yang terlintas dekat hati pun Allah makbulkan. Nikmat betul rasa makan benda yang kita nak, tak sangka dapat tapi tiba2 dapat. Sepanjang makan tak berhenti hati aku cakap Alhamdulillah. See, Allah always hears you. It just a matter of time. Sabr is indeed needed.

Bukanlah aku makan satu bungkus habis, makan sikit je, lepaskan rasa gian. Haha Da macam hidu gam da bunyinya. 

Maybe bagi setengah orang, it's just a small matter, but it is still  matter for me. Tak kira benda kecil ke besar, we must always remember that all come from Allah, with His permission. Nothing in this world is coincident.

*Marilah fully utilise 10 malam terakhir Ramadhan ni. How time flies. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance