Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 10 June 2014

Shopping raya

Last weekend Iolsss pergi shopping raya dekat Kelumpo Uolsss. Iolsss memang over, terima la hakikat ittewww haha. Abang Man, officemate aku jerit kat aku bila aku bagitau dia aku nak ke KL, shopping raya. Apa ke jauh benor, tanya dia. Haha saja buang masa, padahal nanti nak sambung kat Ipoh pulaks. Dasar -_-''

Family aku memang shopping sebelum puasa, sebab puasa kami nak tumpukan pada biskut raya dan ibadat huk huk huk kononnnn. Lagipun bulan puasa tak larat nak shopping siang, anje angattt. Haha. Sekarang musim panas gila pulak tu, walaupun shopping mall ada aircond, dehydrated dia tetap akan terasewww.

Sabtu kami pergi Kenanga Wholesale Center. Kat sana murah kalau beli banyak2. Kitorang beli blouse je. Beli satu jatuh RM59, beli 12 jatuh satu RM28, maka terpaksalah kami beli 12 bahahaha. Kongsi2 la 12 tu, melampauuu nau aku rembat 12, tu macam nak sambut Deepavali sekali. 

Elly Sofea's Boutique. Sementara menunggu yang lain memilih, elok la kita berselfie bahaha

Da habis pergi SOGO kejap, tudiaaa orang shopping macam tiada hari esok. Kat GF ada sale apa aku tak tahu. Aku ada satu perangai keji, aku tak suka shopping lama2 especially kalau ramai orang. Bila da dapat barang aku, mula la aku merengek nak balik, lantak la barang orang lain da dapat belum haha.

Time kat Sogo tengok orang memang hilanglah nafsu aku nak tamak haloba. Runsing tahu ramai orang, rasa nak pergi pecahkan penggera kebakaran, bagi semua orang keluar haha. Aku lagi sanggup tak dapat sale, janji hidup aku aman.

Dengan aku tak jumpa mak aku nya, aku naik 1st Floor kot la boleh nampak mak aku dari atas, hmmm haram. Nasib baik aku tak ke service counter buat announcement.

Tidakkah situasi ini menyesakkan saluran pernafasan? Erghhh! Korang ingat sale tu betul ke, memang harga sebenar dia harga lepas sale tu la haha.

Lepas tu pergi PKNS Shah Alam, cousin, pakcik and adik aku nak cari Kurta pakai raya. Taknak pakai baju Melayu kabonya, ha elok la tu pakai Kurta, muka da ada iras2 bangla haha.

Hari Ahad sebelum balik singgah Sogo, lagi. Mak nak cari baju ayah. Lepas tu aku nampak satu wallet, cantik la, panjang warna mustard. Aku belek2, then aku pandang keliling baru aku sedar tu sebenarnya wallet laki. Woi apehal wallet laki sekarang macam perempuan.

Lepas tu aku nampak sorang laki tengah belek2 wallet panjang tu. Lantas aku berdoa di dalam hati, supaya aku tak dikurniakan lelaki se-feminin itu bahaha. Lagi satu, aku pelik la tengok laki bawa clutch. Aku pernah tegur seorang laki yang bawa clutch. 'Apehal besar sangat clutch, nak letak pampers anak ke?' Hampir clutch tu melayang ke aku haha. Lalu aku ber husnuzon yang handphone sekarang besar2, so susah nak letak dalam poket, kalau handphone 2 lagi la, rokok lagi kennn.

Tapi nanti kalau laki aku handphone besar ke apa, aku sanggup tumpangkan dalam handbag aku hehe.

2 comments:

  1. HI ABANG KAKBEL PAKAI CLUTCH OK. HAHAHA. METROSEKSUAL HIHI

    ReplyDelete
  2. haha kene belajar menerima lelaki pkai clutch ni haha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance