Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 4 June 2014

Musim Denggi

Satu malam tu aku charge handphone aku, da charge aku letak tepi aku. Bila bangun pagi aku rasa handphone aku panas gila, macam berguna sepanjang malam, padahal tak pun, wifi pun off. Then aku layurkan depan kipas.

Tak jalan jugak, lepas tu aku mandikan dia. Reda sikit panas, then panas balik. Lepas tu aku off, on balik baru dia cool down. Risau saya, sekarang dah la musim denggi.

Serious talk, sekarang memang musim denggi. Semalam baru je kat area pejabat aku dorang fogging. Jagalah kesihatan anda, pakai la mosquitoes repellent, janganlah biar air bertakung, kalau ada, panggil la ayam ke kambing ke kucing datang minum.

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat 

Ayah aku benci gila nyamuk kau tahu, kalau depan dia ada nyamuk dengan harimau, aku guarantee dia pergi bunuh nyamuk dulu. Rumah nenek aku banyak nyamuk, tak tahu mana datang, dulu ayah tak bagi tidur rumah nenek sebab banyak nyamuk haha.

Aku pulak jenis kebal dengan nyamuk, jarang aku sedar nyamuk menodai aku, nasib baik dapat ayah mata anti-nyamuk, dari jauh dia boleh nampak sehalus-halus nyamuk dekat tangan aku ke kaki ke.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance