Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 6 June 2014

Masalah wanita, hanya wanita boleh tolong.

Menyeru semua wanita yang da baligh di luar sana, jika ada kesudian, bantulah hamba dengan masalah perempuan hamba.

Kita straight to the point je lah.

Aku, kalau period mesti sengugut. Bila aku sengugut, aliran darah aku adalah normal. Sengugut aku mild la, tak la sampai boleh pengsan ke apa, boleh bertahan, tapi boleh penampo orang kalau cari pasal dengan aku time tu haha

Bila bulan yang aku tak sengugut, aku da runsing. Orang seronok tak sengugut, tapi aku tak seronok. Sebab aku tau kalau tak sengugut aliran darah aku keluar mesti overflow. Ada time sampai aku menggigil sebab weak sangat rasa. And mesti ramai tegur muka aku nampak pucat.

Dia macam fair & square. Kau nak sengugut ke kau nak overflow? Tapi aku tak boleh pilih, random datang. Selalunya berskala, bulan ni sengugut, bulan depan overflow. 

Overflow yang melampau kau tau, macam paip hilang kepala paip haha. Ada masa tu tak sampai 30 minit, aku da kena tukar pad. Sampai mak aku tegur, ingat aku salah pakai pad sebab bocor. Agak2 la da dekat 10 tahun period takkan tak reti pakai lagi haha.

Dua2 condition aku tak suka. Tak suka tahan sakit sengugut, tak suka badan rasa weak tak boleh nak buat apa2.

Is it normal? Aku tanya kawan aku yang doctor, dia kata takde apa. Just pergi klinik cek and ambil ubat apa nama entah, untuk pesakit kekurangan darah sebab darah aku da banyak keluar, sebab tu aku weak.

**************************************
Selingan. Semalam angsa betina ayah mati. Pagi tu elok je. Sebab tak puas hati, mak post mortem dia semalam. Sebab pagi tu nampak macam dia tercekik. So post mortem la nak tengok kot2 termakan plastik ke apa kan.

Tapi takde apa2 yang mencurigakan pun. Mak aku pun mengklasifikasikan kematian dia, sebagai mati terkejut. Haha memandai je tau. Aku dari sedih tergelak baca whatsapp Mak.

Tapi kesian weh tengok yang jantan. Mula2 dia bising gila macam nak bagitau Mak bini dia da mati. Dia duduk je sebelah bini dia, patuk2 manja nak suruh bangun. T___T Siapa tak sedih bini mati oi, makan sama2, bersiar sama2, ang ang ang sama2, tidur sekandang. Nasib baik takde anak lagi.

Tengok dia jalan sorang2 sekor2 semalam, alahai sedihnya. Lepas ni aku nak slow talk dengan dia la, nak carikan bini baru.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance