Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 25 June 2014

'Kahwin la dulu, baru fikir nak sambung belajar'

Aku cadang nak sambung Diploma Shariah tahun depan, bulan 3 dekat UiTM Shah Alam. So bercadang nak cari kerja area sana jugak lah. InshaAllah

Tapi ayah tiba2 cakap 'Kahwin la dulu, baru fikir nak sambung belajar'

Gulp! Gulp! Gulp

Ayah tak pernah cakap soal kahwin dengan aku, tapi bila dia cakap, terkedu aku. Rasa wajib dipatuhi haha. Wajib dipatuhi padia calon pun takdo lagi.

Alah ayah, jangan la cakap gitu, serba salah Nadia. Bukan taknak kahwin, tak sampai seru lagi, so belajar la dulu. Bukan nak belajar saja, belajar sambil kerja.

Mana aku nak cekau calon sebelum bulan 3 ni oiiii? Haha memang tak lahhh!

Ayah aku ni peer pressure ke apa? Haha. Kenapa semua orang risau aku tak kahwin lagi? Sebab aku perempuan? Kalau tak kahwin masuk neraka ke macam mana? I have entire world to explore if I dont have husband, and if I do, husband is my world. Gitewwwwww poyo nak mampus statement haha.

Cousin atas aku bakal berkahwin tahun depan, cousin bawah aku memang da siap perancangan bagai, tunggu perempuan tu cakap 'Ya' je. Sebab environment sekeliling kot buat orang bertanya kat aku. Aku 24 baru ohoiiiii!

Biarkanlah.

Kau geli tak bila kau cuba hormat seorang orang tua yang sebaya ayah kau, or even older, then tiba2 dia nak nombor telefon, nak ajak lunch. Eyucks!

Mak cakap 'Nadia, kamu jangan sangkut dengan laki orang sudah' Hahaha ya Allah, nauzubillah. Sebab2 ramai orang tua/ yang dah berkahwin yang menggatal la jugak buat mak ayah aku suruh kahwin cepat2.

Semalam aku attend clients, 4 orang lelaki sekaligus. Awkward jugak la bila kau sorang je perempuan walaupun semua laki tu kira atas 30-an la. Then aku tulis cek, tulisan aku nauzubillah buruknya. Kalau letak tulisan aku sebelah cakar ayam, nescaya ayam menggeleng kepala melihat tulisan aku.

Aku tak suka tulis cek, selalunya kerani akaun yang tulis, tapi semalam dorang suruh aku tulis. Tiba2 sorang laki tegur 'Cantik tulisan Cik Nadia'. Sah rabun dekat! Haha. Lepas tu sorang lagi sampuk 'Mestilah cantik, tengok lah orangnya'. Terus rasa nak menangis sebab disamakan dengan tulisan yang buruk haha perli lettewww. Sumpah tulisan aku buruk, kalau korang tengok, mesti korang mati terkejut haha.

Aku suka kawan dengan laki sebab boleh gurau kasar dengan dorang tanpa sempadan. Tapi aku tak suka laki sweet talker, madah berhelah bagai, dan aku tak suka dipuji secara berlebihan dan kerap sebab aku tak tahu nak react macam mana, rasa nak tumbuk pun ada hahaha.

Kalau nak tunjuk appreciation kat aku, cakap setahun sekali sudah, with a simple words, tak payah nak over2 sangat, kalau nak simpan dalam hati pun lagi bagus. Actions always better than words.

Nadia kau ni sempoi la/ Nadia suka la kawan dengan kau - approved

Eh makin cantik la kau ni, apa rahsia, serius aku tak tipu - boleh bla! Haha (contoh je, takde pun orang pernah cakap macam ni hahaha)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance