Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 30 May 2014

Macam2 cerita

Salam takziah untuk kerabat Diraja Perak atas pemergian late Sultan Azlan. Dari aku tahu sistem beraja ni, dari hidup berangan nak kahwin dengan anak raja, sampai lah da 24 tahun ni da sedar diri tak kan dapat kahwin dengan anak raja, Almarhum Sultan Azlan yang memerintah Perak.

Aku pernah tengok Sultan Azlan dari jauh je, time dia datang MRSM nak rasmi MRSM Lenggong tahun 2004, aku pergi nyorok dekat hutan atas bukit belakang sekolah aku sebab nak lari dari buat kerja haha. Time tu aku nampak baginda datang semua, tak semua orang dapat pemandangan macam aku haha.

Semalam ditabalkan anak sulung Almarhum Raja Azlan, Sultan Nazrin sebagai sultan baru Perak. Alhamdulillah, baginda memang berkelayakan penuh untuk menyandang jawatan tersebut. Mewarisi kepandaian, kredibeliti, dan kekacakan Almarhum Ayahandanya.

******************************

Pakcik, jangan la letak syarat bakal menantu kena kerajaan baru boleh kahwin dengan anak dara pakcik. Pakcik ingat kerajaan tu Tuhan ke? Yang tetapkan rezeki segala mahkluk dalam Malaysia ni?Pakcik ingat orang kerajaan ni kaya sangat ke? Dia dah ada kerja tetap okay la tu. Memang kerja kerajaan banyak benefits, tapi kalau semua orang kerja kerajaan, miskinlah Malaysia.

Kalau laki tu kerja caca marba, saya sokong la Pakcik tak bagi kahwin dengan anak pakcik. Jangan macam tu ye pakcik, senangkanlah proses benda yang baik, especially kalau lelaki tu baik.

**********************

Yang ni aku tak niat nak aibkan sesiapa, just nak kongsi cerita yang boleh jadi pedoman untuk kita semua. Sebahagian dari kita da jadi mak ayah, sebahagian pulak mungkin bakal jadi mak ayah (termasuk aku, inshaAllah). Aku tahu semua parents sayang kan anak, orang yang buang anak tu pun sebenarnya mesti ada secebis kasih sayang untuk anak just dorang hati besi.

Kita sayang apa pun kena berpada, jangan melebihi sayang kita kepada Allah. Kalau kita sayang something/someone melebihi sayang kita pada Allah, pada rasulNya, pada agamaNya, tu yang ada umur 18 putus cinta nak terjun bangunan tu.

Sayang sangat2 dekat anak boleh, tapi jangan sampai rosakkan anak, jangan ikutkan sangat cakap dorang. How dare parents can allowed a guy (stranger) to live in their house for 2 months just to fulfill the request from their daughter which is under age? Yang kenal melalui telefon pulak tu. Last2 anak hang kena rogol, baru menangis-nangis pergi report. I really cannot brain it.

Dunia sekarang sangat menakutkan. Semalam keluar berita perempuan kena rogol dengan 38 lelaki. Woi 38 woi, silap2 boleh mati budak tu. Moga kita semua dijauhkan dengan benda2 macam ni, nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance