Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 21 May 2014

Kita semua kena mati ke?

Kalau korang da lama baca blog aku mesti korang kenal Fatini a.ka. Kak Ngah. Sekarang da 5 tahun pun dia. Semalam dia menangis-nangis sebab taknak mati. Haha comel gila. Dia ni nakal, degil, garang ya amat. Tadi aku tanya lagi dekat dia

Kenapa semalam Kak Ngah nangis?

Kak Ngah taknak mati, Kak Ngah takut tempat gelap. Kita semua kena mati ke?

Haah

*muka cuak* tapi Kak Ngah taknak

Kak Ngah kena buat baik, kalau buat baik, tak gaduh, tak lawan cakap Ummi, nanti bila mati tak gelap, Tuhan letak lampu. Kalau Kak Ngah degil, kuat gaduh, nanti Tuhan letak cacing, ular dalam tu.

Dia yang mula dulu *point ke Hadif(sepupu aku umur 6 tahun)*

Tak kira la siapa mula dulu biarkan,jangan balas. Siapa yang jahat nanti dalam kubur Tuhan tak letak lampu, tak letak taman. Siapa yang baik je Tuhan letak lampu bagi kubur terang, letak taman.

*Hadif menyampuk* Haa boleh main gelongsor -_-''

Umur2 macam ni memang kanak2 curious to know everything. Time ni la kita sebagai orang dewasa da mula kena terapkan nilai2 agama dalam diri dorang, dengan bahasa yang dorang mudah faham.

Okay da pass da aku nak jadi mak orang. Bak datanggg! Hahaha Just kidding.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance