Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 20 May 2014

Godzilla


Sabtu lepas aku pergi tengok Godzilla. Yang sebelum ni aku tak tengok. Tapi tengok trailer yang ni macam syok je. Best best tapi. Ha ada tapi yang tak sedap tu haha. Tapi cerita dia a bit slow. Penekanan watak Godzilla tu kureng.

Aku ingat Godzilla tu jahat, tapi dia baik, dia yang tolong musnahkan MUTO, da la tough abang Godzilla kita. Hero pun handsome *tiba2* Overall aku bagi 3/5.

Lepas ni cerita apa eh nak tengok? X-Man nampak menarik jewwww hewhewhew.

******************

Semalam aku ada 2 kes dekat court, sorang client aku ada jugak. Cina, engineer dari Penang. Banyak cakap, baik sangat orangnya. Semalam ramai gila orang dekat court, naik lenguh aku tunggu nak masuk. Sembang la dengan Cina tu, sampai bab keluarga semua keluar.

Tiba2 dia cakap dekat aku 'Youu aaa jadi lawyer aa, jangan tipu2 tau, nanti banyak dosa. Saya manyak takut dosa' Hahaha comel nasihat aku pasal dosa. Baik Encik, akan saya ingat. Terima kasih atas nasihat.

Dalam dunia ni, ramai aku jumpa yang bukan Islam yang baik, yang humble. Walaupun aku muda lagi, dorang hormat aku. Senior2 lawyers yang Cina and India memang peramah, banyak bagi nasihat, boleh bergurau, bagi kata2 motivasi.

Kadang2 sedih bila orang Islam sendiri, sombong, bongkak, lupa diri, macam la tak tahu dunia ni sementara je. Berkopiah sana sini, tapi kaki maki. Gampang, celaka, bangang, babi senang2 keluar dari mulut. Bawa2 la beristighfar Haji oi.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance