Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 26 May 2014

Fakhri dan Hadif dah sunat oi

Dua2 jantans ni iolss yang jaga masa dorang babies. Fakhri sekarang darjah 2, Hadif 6 tahun. Dorang ni memang macam Stacy dengan Adam, bergabung meletup. Tak rumah meletup, kitorang yang meletup. Nakal ya amat bestfriends ni. Kadang2 gaduh jugak, tapi dua2 dalam hati ada taman. Cengeng.

Tak sangka da sunat da dorang. Rasa macam semalam baru mandikan dorang haha. Da besar da adik2 ayong :'). They're my cousins actually.

Aku rasa dorang tak faham pengertian sunat ni. Bukan main gembira tak sabar nak sunat, belum rasa lagi boleh la (macam la kau pernah rasa haha). Siap request suruh cepatkan hari sunat sebab semua saudara mara janji nak bagi hadiah/duit time hari sunat tu.

Aku suka menyakat dorang

Lop (Fakhri), lantak kamu, sunat sakit gila

Eleh tipu, macam kena gigit semut je

Eh mana kamu tau, bukan kamu pernah rasa, macam kena gigit ular tauuu

*muka cuak* Kalau kena gigit ular mati la

Bukan kena gigit betul2, rasa je macam tu

*telan air liur*

Hahahaha

Kalau dengan Hadif pulak

Abang, tau tak sunat tu macam mana?

Potong ****

Ha tau pun, bukan sikit2 tau, dia cantas bagi habis

Eleh ayong tipu

Tak percaya sudah hahaha

Bukan main meriah lagi persiapan sunat dorang, siap khemah, pelamin, goodies bag, rebana lagi. Tudia, aku tunang nanti kot2 atas katil je T__T. Malam Khamis Paksu (ayah Hadif) cakap dekat aku;

Beron, ni rehearsal kenduri kamu nanti

Lepas tu mak menyampuk, Haah kan kalau langsungkan dia punya tunang sekali pun takpe, jimat aku

Paksu, ha bak nombor dia, Paksu call suruh masuk meminang Sabtu ni haha

Slumber je aku jawab, tak jumpa lagi calon, kalau jumpa esok Nadia bagitau dia suruh datang Sabtu hahaha.

So, hari Sabtu berjalan la kendurinya. Alhamdulillah everything went well. Aku ditugaskan jaga bahagian makanan dengan pakcik aku sambil halau lalat -_-''. Ramai jugak yang datang, jemputan dalam 300 orang. Kumpulan qasidah buat perfomance dekat 2 jam jugak la, budak Tahfiz dari Chemor. Time Zohor dorang berhenti, azan dan ramai2 jemaah Zohor dalam rumah. Sejuk hati tengok budak2 tu.

over tak siap ada tengkolok, banner bagai? Last2 dorang pun join qasidah kat atas pentas

Bila malam, M.A datang rumah, mula Hadif yang sunat, lepas tu baru Fakhri. Hadif ni hero sikit dari Fakhri. Tapi time sunat berair la mata. Nangis sambil recite segala surah yang dia hafal, baca kuat2 pulak tu haha sumpah comel.

Time tunggu giliran, aku teman Fakhri dalam bilik, dia main handphone aku, lepas tu dia cakap 'kenapa lambat sangat ni, Upin Ipin kejap je' Hahaha. Dia menangis lagi teruk dari Hadif. Tapi kitorang yang debor weh, rasa nak tercabut jantung tunggu dorang habis.

Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Just malam tu dalam pukul 2 pagi, Hadif dia lupa kot dia sunat, dia nak meniarap, tahan la dia, lepas tu dia meronta dia pegang luka tu, tercabut pembalut tu, terkena luka dia. Apa lagi, meraung la. Semua tak tahu nak buat apa, call M.A tu pukul 2 pagi, nasib baik dia sporting je nak datang.

Dapat upah PSP satu sorang, diam la kejap

Hadif, belakang Fakhri. 

Hadif ni jenis baik budaknya walaupun nakal ya amat, jenis tak menyakitkan hati orang. Tanya dia, dia nak buat dengan duit2 yang orang bagi, 'Abang nak beli hadiah untuk Ummi'. Bila Ummi suap dia makanan, dia cakap 'da la Ummi, tak payah la suap abang, mesti Ummi penat kan'. Mana la orang tak sayang dia ni lebih

Fakhri cengeng sikit, pantang salah sikit berair la mata. Lepas tu bila tau M.A nak datang cuci luka, nangis siap2 haha. Hadif je steady pergi kencing beberapa kali, Fakhri petang Ahad baru kencing sebab takut kot haha. Macam2 hal budak2 ni. Lepas ni boleh la solat saf depan yek?

Upin Ipin sunat

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance