Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 12 May 2014

Ethic Course - Checked

Bulan 3 aku pergi attend lecture on ethics. Bulan lepas aku ambil exam dia. Exam ethics ni banyak gila soalan dia. Ada objectives and essay. Essays ada 5 bahagian tak salah, 1 bahagian ada yang 1 soalan, 2 soalan, 3 soalan pun ado.

Soalan objectives dia very confusing. Da la aku buat last sekali tu, masa memang da takde time tu. Aku conteng je la jawapan, dalam hati 'mati la kena repeat la macam ni'. Essays pun aku jawab macam hamput je.

Ada satu sub-question tu memang aku blur gila, takde idea nak bagi jawapan apa, last 5 minute baru aku dapat cari jawapan. Hampir berputus asa time tu. Time orang da start kutip jawapan, aku bagi je, tak cek2 dah sebab memang hampa dengan diri sendiri haha.

Dorang janji dalam 2 weeks, dorang bagi result. 2 weeks tu memang tak tenang la hidup aku. Walaupun jawab macam hape je, tapi aku harap untuk lulus haha tanggeci betul. Kalau fail dorang akan fax bagitau, kalau lulus dorang diamkan je, tunggu je certificate.

Da 3 minggu aku tak dapat2 fax. Lega ada runsing pun ada sebab last week pejabat aku punya mesin fax rosak 2 hari. Time ni la nak rosak pun *tendang mesin fax*. So aku confuse lulus ke tak? Ke dorang ada fax just aku je yang tak received? Lagi la tak keruan hidup aku. Putus cinta pun aku cool je hahaha

Nak call tapi takut gila. Sebab selagi tak lulus exam ni, aku tak boleh call to the bar, tak boleh jadi lawyer. Kira exam ni one of the toughest exam for lawyer la, sebelum2 ni ramai jugak aku dengar yang fail, lagi la aku cuak woi. 

Pagi tadi masuk je office, aku malas nak fikir da, aku call je.

Morning, Bar Council, may I help you?

Hi, I'm Nadia, chambering student. I want to check my result for ethics

Your petition number please?

18-10xx-09/2013

Do you remember your seat number?

41/42 

Miss Nurul Nadiah, yes?

Yes *jantung rasa nak terkeluar dari rib cage time ni*

Okay, you will get your certificate soon.

Oh, Thank you. *If only he can see I grin*

Alhamdulillah, Thank You Allah. Thank You Mak Ayah, kawan2, makcik pakcik. Thank You so much for your doa and support.

Aku bagitau kat Whatsapp family aku da lulus exam ethic sebab auntie aku sorang lawyer, da ada firm sendiri pun, so family aku kind of familiar dengan procedure nak jadi lawyer ni. Nenek aku reply *nenek aku ada wahatsapp, jangan main2 haha*

'I'm so proud of you. Kalau arwah tok ada, mesti dia bangga habis dengan cucu kesayangan dia ni' *gaya nenek aku ni macam aku da long call je haha*

And I cried. Dari semalam rasa rindu lain macam kat Tok, sekali nenek cakap macam tu, terus banjir. Allah, please tell Tok about this, please send my kiss and hug to him, please tell him that I miss him so much, please tell him to wait for me there. Please, Ya Rabb.

Gaya aku seronok tu macam da settle semua je. Mana hadooo, banyak lagi nak settle kan tapi Alhamdulillah, da lepas 1 beban. Tak payah repeat so aku tak payah habiskan duit nak ke KL tu. 

Doakan aku :)

Terbukti aku beretika orangnya. No further questions asked. Case closed HAHA

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance