Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 5 May 2014

Cibo's Wedding

Sabtu lepas aku ke Penang, naik kereta Ilani dengan Eyda & Intan. Pergi kenduri Cibo a.k.a Najwa. Kenduri dia dekat Anjung Budi, USM. Aku suka konsep kat situ, simple & santai. Makanan pun sedap2. Ramai jugak la batchmates aku time kat MRSM datang.


batchmates yang gila2 ;)

Selamat Pengantin Baru Cibo & Yasir
Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga :)

Amaran: Jangan tanya aku punya bila *hunus pedang*

Lepas kenduri, Duan ajak pergi tengok kuda dekat Balik Pulau. First time aku pergi Balik Pulau, rasa nak terbalik kereta pergi sana. Bak kata Intan, Balik Pulau is Cameron of Penang. Tak sejuk pun, just jalan bersimpang siur dan berbukit. Dapat naik kereta kuda 2 rounds, then the journey was worth it. Lepas tu lepak minum tepi laut, minum air Kelapa Laut Muda Afrika, tepi laut kena la minum air kelapa laut, baru tak lari konsep, apa barang minum laicikang tepi laut haha, (macam ubat batuk je nama air tu). Sedap air tu, buah dia pun sedap.

Rasa dekat sangat dengan kuda, sebab aku lahir tahun kuda kot kah kah kah takde kena mengena
Nama tempat ni : Countryside Stables Penang
Pergilah, tempat dia terpencil sikit, tapi aman damai.
Ada sekor keldai dekat situ sebijik macam keldai dalam cerita Shrek. Suka menari weh. Haha Kelakau gila dan comel, rasa nak tunggang bawa balik rumah.

Lepas Asar ingat nak pergi Batu Feringgi Night Market tapi hujan lebat gila, certain jalan dekat Penang da banjir time tu. So kitorang melencong ke Nasi Kandar Line Clear (makan lagi -_-). Selalu dengar cerita orang je, sekarang rasa sendiri. Not bad, sedap la bagi aku yang suka makanan India ni (kau apa je tak suka), tapi Intan kata dulu lagi sedap.

Sampai rumah dalam pukul 10 lebih kot. Seronok bila kau 5 hari tension pasal kerja, then weekend spend time dengan family and kawan. Terbayar letih rasanya, walau hari Ahad pukul 10 baru aku bangun haha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance