Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 14 May 2014

Brick Mansions

Setelah 5 bulan lebih tak masuk wayang, semalam aku pergi tengok. Fuhh lega rasanya dapat tengok wayang setelah lama gian nak tengok. Selama ni aku busy kekononnya, kadang2 takde mood, kadang2 takde kawan, kadang2 takde duit haha.

Tapi semalam pun takde kawan jugak nak pergi. Aku scroll satu2 nama kat Whatsapp, siapa yang boleh ajak, takkan nak ajak Nenek aku pulak. So pergi petang, seret adik laki aku, pagi dia ada extra class. Macam pathetic pulak nak tengok sorang2 haha. Adik aku ni bukan jenis tengok cerita, tengok handphone je tau. Tapi peduli apa aku, kau nak tidur, tidur la, janji aku ada kawan nak tengok haha.

Dulu aku pernah je tengok wayang sorang2, makan sorang2, tapi makin tua ni makin sensitif kepada persekitaran, haha takde kena mengena. Baru aku perasan, circle kawan aku tak besar. Tiada Ros di Kuale, tiada la aku kawan. Sobsss

Cha suggest tengok Brick Mansions. Memang aku nak tengok pun, Spider Man ni aku kureng sikit. Lagipun mendiang Paul Walker lagi handsome dari Andrew Garfield, nama pun macam kucing haha. 

Cerita ni kalau bab action aku bagi 5/5. Tudiaaa terbaik stunt dia, aku suka. Kalau aku dapat laki macam Lino tu, nescaya aku pergi cari gaduh dengan semua gangster2 dia Malaysia ni haha.Tapi kalau dari plot cerita, kureng sikit, aku bagi 3/5. Bak kata Cha, plot cerita tu orang bodoh pun boleh fikir haha. Kalau ikut muka hero aku bagi 4/5 wakaka.

K2, Lino, Yeli, Damien. Yeli tu besar gergasi. Last2 cerita ni ada unsur komedi, lawak la haha.


Plot dia tak mantap, ada yang tak memuaskan sanubari. Overall cerita ni pasal pengedaran dadah, pasal kuasa besar cuba menindas kuasa kecil. Download la sendiri tengok, nak habis show da pun cerita ni.

Next nak tengok Godzilla la, tengok trailer macam syokk. Okay siapa nak teman? Haha -_-''. Yang aku tak suka wayang ni, bayar RM13, tapi aku rasa aku bayar RM7 untuk tengok iklan je. Pfft semalam iklan je dekat 20minit, lagi sikit aku nak baling screen tu dengan kasut crocs aku zzzz.

Semalam aku pergi beli lipsticks. Auww wanita sangat sekarang da pandai beli lipsticks. Semalam ada sale kat Watson weh, aku beli lipsticks Revlon, beli 1 percuma 1. Revlon tuuuuuu. I like sale *typical woman*.  Sebatang lipstick boleh tahan setengah tahun untuk aku. Semalam dapat 2 untuk harga bawah RM40, maknanya boleh tahan setahun. I'm a happy girl *grin*. Lepas tu pergi rumah makcik aku, dia jual tudung bawal, cantik2, aku beli 5, padahal kepala satu je *again, typical woman* -_-''

Aku dari kecil jenis kalau demam, demam malam je. Da 2 hari aku demam malam. Tapi semalam aku terbangun pukul 2.30pagi sebab sakit kepala gila, rasa nak pecah kepala aku. Terpaksa la bangun makan ubat. Ni pun sengal2 lagi kepala aku. Rasa haba nak keluar dari badan. Nak buat2 pitam la dekat office haha.

Bye.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance