Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 10 April 2014

Zoo Taiping

Aku pencinta binatang, they're too adorable with their acts and cute faces. Aku pernah nampak itik terkedek-kedek jalan beratur 4 ekor tepi jalan raya besar and they make my day. Sampai sekarang kalau aku lalu jalan tu mesti aku tersenyum teringatkan gelagat itiks tersebut.

Dekat rumah ayah ada bela angsa dengan anak ayam. Aku sibuk so jarang sikit tengok dorang. Tapi mak ayah selalu cerita pasal dorang dan boleh buat aku tersenyum dan rasa nak pergi kiss sekor-sekor dalam reban sebab omeyy angat2 hahahha.

Aku suka imaginasi yang bukan2. Aku pernah berangan bela harimau dalam rumah, tengok TV sambil baring kat perut dia sambil makan twisties dan suap ke mulut dia sikit. Aku pernah imagine aku berpaut kat tengkuk zirafah sambil jalan2 pusing zoo haha blame me for having this crazy illusion.

Hari tu aku pergi office ternampak kalendar Zoo Taiping bagi. Untuk setiap bulan ada gambar binatang yang berbeza. Kau tahu aku belek kalendar tu dari pagi ke petang sambil sengih sorang2. Aku cakap dekat office mate aku, A;

I nak pergi zoo la
Kenapa tiba2?
Ni (tunjuk kalendar)
Sebab tengok kalendar je? Hahahahaha bahaya la perempuan macam U ni.

Tak tahu apa maksud A

Ahad lepas aku pergi jugak, paksa Ros teman. Zoo Taiping okay je banyak binatang tapi binatang kat sana pemalas, tidur je kerja. Pandai pulak tu, tidur tempat redup. Bak kata mak Ros, tak payah bagi dorang makan sangat,nanti naik lemak, pemalas jadinya hahaha.

Masuk Zoo Taiping untuk orang dewasa RM16. Kalau alamat IC Taiping dapat diskaun. Diskriminasi betul haha. Berpeluh jugak nak pusing satu Zoo, tak payah exercise sebulan da, but worth it la.

Buaya2 kat sana besar gila woih, 3x aku pun dia boleh ngap sekelip mata. Mula2 aku ingat batu, sekali dia bergerak, hoihhhh terkejut saya. Lepas tu tengok Orang Utan. Haha Orang Utan sumpah comel nak mampus, sebab dia meniarap muka macam frust bercinta sambil tangan pegang ranting dan tak berhenti goyangkan. Rasa nak give a hug ke dia kekeke.

Pastu kitorang curi2 bagi zirafah makan, dapat tepuk2 pipi dia, emm lembut. Da la comel. Tapi lidah dia scary, hitam dan panjang macam perempuan sihir haha. Lepas tu dapat peluang bagi babi makan ubi. Baling je dari jauh. Saja je target perut dia, melantun kau haha. Sian babi, takde dosa pun dengan aku. Tapi babi tamak, masuk 3 sekali ubi dalam mulut then lari makan seko2 haha.

Its such a great day spent, especially with Ros beside me hehe.

too adorable to resist

too cute to resist kah kah kah just kidding

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance