Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 April 2014

Wawa's Wedding

Sabtu lepas aku pergi KL, naik train dari Kuala Kangsar pukul 1.47pagi. Memang punctual train sekarang. Lepas ni aku nak propose idiom baru; punctual as train. Kalau lambat pun alasan logik, bukan sengaja lambat. 

First time aku naik train amek bed couch. Dari KK-KL RM38.00 sajo. Selesa la, bantal lembut, tilam empuk, selimut ada. Just maybe ada yang tak tahan tidur goyang2, aku okay je rasa tidur dalam buai haha. Tapi tak la lena mana aku tidur sebab telinga aku sensitif, walaupun suara aku kuat, tapi ia masih belum memekakkan telinga sendiri. So orang jalan2 kat luar, orang berdengkur semua tu buat aku senang terjaga.

Yang best curtain tu memang tutup habis, so dalam tu tak payah la kau pakai tudung. Hari tu, aku terjaga dekat stesyen KL, nasib baik sedar, so time tu pakai la tudung nak sampai KL Sentral da hehe. Sampai KL 6.30, solat semua dulu, pukul 7.00 baru beli tiket komuter nak pergi rumah Tqah.

Dalam komuter ada laki tegur aku. Dia tanya 'Awak, kita kat mana sekarang? Saya rabun jauh'. Eleh pancing la tu, takkan pekak tak dengar announcement. Haha tak2, dia memang rabun aku rasa. Peramah orangnya. Dalam 3 transit macam2 dia sembang. Bagitau dia nak pergi buat IC sebab wallet hilang 'Saya bangla sekarang ni'. Kalau bangla sehandsome kau, memang aku kahwin dengan bangla hahahaha. Da nak sampai dia tanya nama aku then dia bagitau nama dia Muhaimin (kalau aku tak salah dengar). Tak sempat pulak nak ambil nama FB dia hahaha. Tapi aku curiga sikit dengan laki yang terlebih peramah ni haha

Lepas tu pergi rumah Tqah, mak dia masak nasi lemak. Aku selalu tidur rumah dia kat KL, family dia baik sangat, rasa macam family sendiri. Petang mak dia masakkan mee goreng pulak. Adoyai segan, da bagi tumpang tidur pun da 1000 rahmat.

Pukul 12 pergi wedding Wawa. Perghhh google map memang hebat, bagi lalu jalan tikus, memang kitorang sampai dengan jayanya tanpa sesat dan tanpa jam. Ramai jugak kawan2 UUM and UiTM datang, lepas tu tak malu buat macam majlis sendiri. Pengantin kat bawah, dorang kat atas pelamin selfie. Pfft sangat perangai buat dekat majlis orang macam tu haha.

Lepak sampai pukul 5 weh, meja kerusi pun da bersusun, tak reti nak balik lagi tak tahu la.



Kenduri kahwin adalah seronok sebab dapat jumpa kawan2. Kat situlah terhambur segala rindu dan ketawa. Wawa salah sorang kawan baik dekat UUM. Suara kuat macam aku haha. Tak sangka da kahwin da dia :')

To Wawa & Husband,
Selamat melayari alam rumah tangga. Aku sayang kau sangat2. Semoga jadi isteri yang baik, dimurahkan rezeki. Kepada Quden, tolong jaga Wawa aku baik2, aku tau kau sayang dia more than anything else :) Semoga bahagia berkekalan hingga ke syurga.

Malam tu Tqah bawa aku pergi makan nasi goreng ayam mamak dekat PJ. Woi sedap nak mampus tapi banyak nak mampus. Rasa nak mampus habiskan haha.

Ahad, aku pun pulang ke pangkal jalan, naik ETS pukul 2.00petang. Sebelah aku laki duduk, selalunya aku bernasib baik, sama ada sebelah aku kosong or perempuan yang duduk. Sebelum train gerak aku nampak dia baca doa, terus aku kecilkan badan ke tingkap haha. Then dia makan KFC, rasa nak mintak je sebab aku lapar, kuangjaaa tak pelawa aku haha. Aku tekad taknak tidur, kononnya segan. Tapi  tertidur jugak hahaha, penat woi! Aku terjaga dekat Sungkai kot. Tengok sebelah dia tengah main game. Lepas tu aku tengok dia pulak tidur. Amik shift ke bang? Hahaha.

I really had a great weekend. Thank you so much Tqah & Family for accommodation.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance