Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 30 April 2014

Sembang Sorang2 #17

Aku ngantuk gila ni, izinkan aku membebel. Karang aku tidur atas meja ni, kan tak elok dipandang masyarakat. Aku ni malas bercakap, kalau type rajin sikit.

Pagi tadi aku pergi court, the worst YBGK day ever haha. Majistret cuti, Pendaftar cuti so semua kes depan hakim Mahkamah Sesyen, so lama gila menunggu. 

Da settle, sembang pulak dengan senior lawyers, kaki aku da nak tercabut rasanya sebab diri je. Takkan kuangjoo nak bla gitu je orang tu tengah2 syok share experiences. Memang best dengar, tapi da penat oi.

Drive balik pun lalok je aku rasa, rasa nak tumpang tow truck. Sampai rumah aku terus tido dekat sofa. Aku tak pernah2 tidur tengahari kalau hari kerja and tak pernah tidur kat sofa, mesti atas katil. Ayah pun pelik. Dalam mamai2 aku dengar dia tanya mak 'Nadia kenapa?' Hikhikhik ayah always be ayah, tak boleh tengok anak luar dari kebiasaan sikit. 

Sampai office bos belanja nasi Arab. Payapaaa, nalekk mengantuknya lepas tu. So maka terhasillah aku yang sekarang yang sedang menaip entri blog sebab malas buat kerja sebab esok Hari Perkerja. Sekian

Hati aku ni sebulan sekali mesti mudah tersentuh, gituuuu tersentuh ayat kau. Time2 aku perasan hati aku mudah terguris (terguris pulak), mesti aku cek kalendar, dan berkata ohhh lalu tepuk2 bahu sendiri sambil cakap 'Be strong'

Semalam aku terasa hati dengan 3 orang, selama ni dorang cakap lagi teruk pun aku tak ambil hati langsung. Bila da tau situasi sebenar, aku malas layankan hati aku ni, lagi layan nanti lagi mengada dia. Ok la sebulan sekali je nak berhati lembut haha

Weh apehal tak hilang ngantuk lagi ni hoiiiii? Nak tengok movie pulak la. Bye!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance