Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 April 2014

Restu mak ayah

Hari tu aku ada conversation with one married man. I asked for his opinion;

Sebagai ayah kan, apa ciri2 lelaki yang you akan bagi kahwin dengan anak you? (padahal anak dia baru umur setahun hahaha)

Yang anak saya suka

That easy?

Yeah, bukan saya yang nak hidup dengan dia, anak saya

Tak tengok ciri2 lain? Dari segi kemampuan? Kerja?

Cek la jugak, tapi da suka bagi je la. Sebagai mak ayah, sepatutnya, lepas anak dah kahwin, jangan ambil tahu da apa2, da kahwin pandai2 la hidup, tanggungjawab da dekat suami tu, bukan mak ayah lagi. Kadang2 sebab campur tangan mak ayah la, rosak rumah tangga

Tapi kan, mak ayah ni, kita da tua mana pun, dia still anggap anak2 dia macam budak2

Itulah kesilapannya. Sampai satu masa kita kena belajar let go, sebab kita bukan selama-lamanya hidup kat sini nak jaga semua benda. Nak tahu tak, saya pernah tanya ustaz. Ustaz tu cakap, restu boleh datang kemudian. Provided memang lelaki tu baik la. Mungkin sebelum kahwin mak ayah pandang benda remeh temeh sebab dorang tak kenal sangat, awak je kenal dia, da kahwin baru nampak yang dia memang boleh jaga awak. Buat apa restu awal2, tapi lama2 bila kenal betul baru rasa nak menyampah kat menantu. Baik tak restu dulu, then tackle hati mak ayah, bagi cucu haha dan diri situ restu boleh wujud. Ni kenapa tanya ni?

*senyum* *gelak* Tapi saya tetap pegang redha Allah ada dalam redha mak ayah

 Nadia, awak kena ada contingency plan tau

Means?

If jadi awak buat macam ni, if tak jadi kena macam ni. Allah takkan ubah nasib seseorang/sesuatu kaum jika dia tidak cuba mengubah nasibnya. Untuk setiap benda, kena ada contingency plan. Dan percaya pada rukun Iman ke-6

Saya da prepare for any kemungkinan

Da prepare nak terima, tapi ada further plan tak?

Haha takde

Da tu? 

Redah je la, malas fikir da. Saya muda lagi Haha

Jodoh dan maut semua ketentuan Allah. Dua2 nya bersifat sementara. Mati bukan kekal, nanti kita bangun jugak untuk hari pembalasan. Jodoh pun macam tu. Berpisah mati ke hidup ke, berpisah jugak, tak semesti dekat 'sana' boleh bersama. Yang kekal hanya kehidupan akhirat nanti. Mungkin ditakdirkan jodoh saya 3. Siapa tahu takdir sendiri?*sengih2 kambing*

Tak payah nak buat muka gatal la, menyampah tengok

Hahahaha

Ada betulnya cakap dia. Tapi setiap orang ada pandangan masing2. Sesetengah lelaki memang ambil mudah hal ni. Sebagai anak perempuan, aku akan hormat segala pandangan mak ayah aku sebab dorang lagi kenal aku dari aku kenal diri sendiri. Aku percaya if that is good for me, then Allah will show the way.

Benda ni aku banyak ikut kata hati. Aku da cuba, tapi aku tahu aku tak boleh tipu diri sendiri. Baik bagitau awal2, dari buang masa dan bagi harapan palsu. Kan?



Mak, tak jadi la nak kahwin tahun depan

Kenapa? 

Nadia nak mengembara haha. Mak, hujung tahun ni Nadia nak pergi Sabah

Dengan boyfriend?

Haha merepek, mana ada boyfriend. I'm single and free. Dengan Tqah. Tahun depan nak pergi Indon/Vietnam. Kalau jadi tahun ni nak ke Redang gak

Banyak duit kamu

Tak jadi kahwin, habiskan duit mengembara la haha

Mak ada cerita kat ayah kamu nak kahwin tahun depan

Haha. Ayah cakap apa?

Ayah kata ikut kamu la 

Haha Malas la fikir bab ni. Hati tiba2 kata bukan sekarang pulak. Ada nanti ada la, kalau tahun depan pun tahun depan la. Tapi sekarang orang tengah semangat nak mengembara ni haha

Aku selalu mengalami masalah macam ni. Bila aku suka orang senyap2, tiba2 aku tahu dia suka aku, aku jadi tak suka dia. Bila aku nak, pastu mak ayah tak bagi, aku nak jugak, lepas tu mak ayah da bagi, aku pun taknak hahaha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance