Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 23 April 2014

Perlu ke aku terasa?

Aku banyak kali da mengalami situasi yang B cakap bla bla bla dekat aku.

Then tiba2 C tarik aku, cakap dekat aku

'Eee ada ke B cakap macam tu kat kau, ntah apa2, kecik hati kot'; atau


'Kalau aku jadi kau, aku terasa da'


Aku terkedu, tapi aku senyum je la, sebab pada hakikatnya aku tak terasa pung! Haha. Bukan sekali dua, banyak kali jugak la. Dorang terlebih sensitive ke, aku yang tak sensitive langsung? Kadang2 aku soal diri aku balik; oh kene terasa eh kalau orang cakap macam tu? Haha

Sorry la, ni memang diri aku. Aku tak ambil pusing orang cakap apa. Sebab tu aku susah merajuk, or boleh dikatakan dalam 5 tahun, sekali je kot aku merajuk, ke 10 tahun sekali? haha

Sebab tu jugak la ramai orang cakap aku takde perasaan. Kot. Da korang cakap banyak kali, jadi doa la weh! Haha

Aku tak boleh nak ubah, aku try to be more sensitive, but I just can't. Benda ni boleh jadi kelebihan dan keburukan pada diri aku. Kelebihannya; peduli apa aku korang nak cakap apa haha. Keburukannya; orang terasa dengan aku pun aku tak sedar bahahaha.

Ada orang pernah komen pasal aku 'Kamu ni takde perasaan, or malas layan perasaan. Orang lain balik kerja merungut macam2, kamu diam je, makan, tidur. Haha Beza betul kamu ni dengan _______'

Bukan aku taknak merungut, tapi takde apa nak dirungutkan. Baru aku perasan, aku ni pendiam jugak HAHA aku bukan jenis pembebel. Dan kadang2 aku ada penyakit malas bercakap. Haha kronik da tahap pemalas aku ni.

Aku banyak kongsi masalah dengan kawan2, bukan nak jalan penyelesaian, tapi nak suruh dorang bagi aku positif balik and bagi aku gelak. Aku jarang kongsi masalah dengan family, sebab jenis family aku masalah aku adalah masalah dorang, the worst part is dorang akan lagi runsing dari aku tuan punya masalah, aku relax je macam takde pape terjadi haha. So no need to burden them with my tiny problems.

Adik aku kalau balik rumah pot pet pot pet. Aku tak sangat. Mak cakap 'Nadia ni kadang2 macam takde je kat rumah' Haha. Tapi aku pendengar dan pemerhati. Cukup bagi aku, duduk diam sebelah mak ayah, dengar dorang bersembang, dan boleh nampak dorang depan mata aku :)

Bagi aku semua masalah tak payah dipanjangkan, redah je dan tak perlu digebangkan. Kau ingat kau sorang je ada masalah ha? haha.

Masalah kerja memang aku tinggal dekat tempat kerja. Jarang sekali aku cerita dekat family, sebab bila kat rumah aku pun lupa, so buat apa aku nak ingatkan. Esoknya kat tempat kerja pandai2 la aku handle.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance