Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 25 April 2014

Keturunan kuat gelak

Semalam ada seorang uncle singh datang office aku. First time aku nampak dia, tapi office-mates yang lain macam da biasa dengan dia. Uncle ni kelakar. Haha. Oh aku ada satu penyakit suka gelak -_-''. Uncle tu tanya aku;

Are you new recruit here?
*angguk*
So then you need to pay me protection money because this is my territory
Hahahhaha
Oh this kid love to laugh ha
Hahahaha
I'll get crazy la like this. Why so happy when I actually threatening you
Hahaha
Urghh nevermind, I give you free protection
Hahaha
Are you sent by God just to laugh?
Haha
Where are you staying?
Kuala Kangsar. I travel from there to here whenever I need to come here
Oh then, I need to reschedule then protection plan 
Haha

Time rehat, lawyer aku cerita dekat kawan aku pasal benda kat atas ni

'Dia ni memang sungguh tak pernah ada masalah la, gelak je kerja dia' 

Perangai ni memang aku ikut mak. Semua orang kenal mak sebagai manusia paling happy tak pernah ada masalah. Mak baru pakai smartphone, dalam proses belajar lagi. Da pandai whatsapp da uolsss. Kitorang ada whatsapp family, so masukkan la mak sekali

WA family ni kadang2 merapu, dapat pakcik and cousin otak senget lagi la. Semua yang cerita dalam WA tu mak akan cerita dekat ayah sebab ayah takde smartphone, dia tak minat. Tapi masalah mak ni, kalau benda tu lawak, sebelum cerita dia gelak dulu sampai buat orang yang tak tahu cerita tu lagi gelak sama haha. Sabar je ayah melayan dia.

Cuma Mak ni peramah, aku tak. Bab tu aku ikut ayah pulak. Tak dengan semua orang aku boleh ramah. Dalam kuat gelak, aku pendiam sebenarnya haha

Tapi orang kata banyak gelak, cepat lupa -_-'' Tapi nak buat macam mana, it is out of my control. I find everything is funny.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance