Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 14 April 2014

Definisi Media Sosial

Aku ada definisi aku tentang media social. Bagi aku facebook untuk share maklumat, twitter untuk kau meroyan, Instagram untuk kau upload gambar sesaat satu pun takpe. Korang tak setuju peduli apa aku, ni definisi aku kah kah kah.

Bila orang guna tak ikut definisi aku, aku rasa runsing haha hang memang poyo Nadia. Tapi pedulikan aku, tu korang punya account.

Oh lupa, blog untuk kau merepek apa kau suka. Tapi kat sini aku tapis2 juga pemikiran aku, karang mau semua orang benci aku kalau aku bersuara dengan lantang dekat sini haha.

Hidup ni, kadang2 kita kena fikir orang lain, tak boleh selfish. Kadang2 untuk mementingkan orang tu, kita kena sakiti dia, dan sakiti diri sendiri. Tapi kadang2 lantakkan orang lain, yang penting diri kau. Haha kau memang keling Nadia. Tak, benda ni ikut circumstances sebenarnya, pandai2 la korang hidup.

Yang baru kahwin, upload gambar kahwin tiap saat kat FB. Mula2 memang sweet, lama2 annoying woih. Bukan aku jealous, kalau laki kau tu crush aku kot la jealous, tapi masalahnya apahal gambar cium2 pipi semua nak upload. Tahu korang halal, but its still no need to show to public aku rasa.

Kalau gatal sangat nak upload, apa kata kau setting kan privacy tu to 'only me'. Sendiri upload sendiri tengok. Ambil gambar biasa2 aku takpe lagi, ni gambar baring atas katil, baring atas riba, alahai mak enon oi.

Kadang2 kan manusia ni, bila dia sampai satu fasa yang mana bila orang lain tak sampai lagi, terus dia rasa dia perfect. Dia rasa orang lain kena ikut jejak langkah dia, sebab dia rasa dia hebat. Mula la dia mukadimah pasal hidup dia, 'rugi kau tak jadi macam aku, best woo bla bla bla'

Hai la kak, tahukah akak bahawa rezeki manusia tu lain2? Ada orang rezekinya duit, ada orang rezekinya kasih sayang, ada orang rezekinya anak yang ramai, ada orang rezekinya bini ramai (mintak2 aku takde rezeki bermadu haha -_-'')

'Tu la, dulu kenapa kau tak pilih course macam aku, tengok sekarang aku da dapat kerja, kau menanggur lagi' - Kau tak nampak hikmah dia menganggur tu so dia boleh jaga mak ayah dia yang tengah sakit.

'Eh tak payah bercinta-cinta, cepat kahwin macam aku' - Yang bercakap ni macam la tak bercinta sebelum kahwin.

Manusia ni cakap memang pandai, kadang2 terlebih 'pandai'. 

Tolong jangan persoalkan takdir orang. Kau tak nampak apa yang dia nampak, kau tak alami apa yang dia alami, kau tak rasa apa yang dia rasa.

Jangan lantang menegur di khalayak, jaga aib orang. Sebab tu gunanya Private Message (PM). Nak beli barang online tau pulak korang PM sis PM sis haha

Don't judge. Especially on Media Social. Just keep what is meant to be keep. 

Kepada kawan2 yang kenal aku, kalau aku ada buat perkara yang menjengkelkan di Media Social, sila PM aku kah kah kah.

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance