Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 12 April 2014

Aduhai hati

Da lama kan aku tak meluahkan perasaan hati kat sini? Aku ni dilahirkan sebagai manusia yang kurang berperasaan. Mulanya aku tak sedar, then ada sorang kawan aku tegur, dia cakap 'Aku rasa kau tak pernah sayang orang 100%'. Aku diam. Maybe betul. Benda ni ada baiknya, dan ada tak berapa baiknya hehe.

Aku cakap dekat semua orang aku nak kahwin tahun depan, dengan mak pun aku cakap

Kamu 'kawan' dengan siapa sekarang Nadia? 
Takde siapa 
Da tu konfiden sangat nak kahwin tahun depan kenapa? Nak kahwin dengan siapa?
Hahaha tarik je la siapa2 nanti 
Kamu jangan main2 Nadia 
Hahahaha 
Jangan mainkan perasaan orang Nadia 
Ya Allah, mana ada. 
Cari yang beriman, jangan pentingkan kekayaan 
Hahaha
Mungkin bila aku ada niat tu, maka ada la yang datang. Sorang ni baik, tak merokok, kerja da ada, nampak sesuai da kalau nak jadi bapak orang haha. Aku try kawan dengan dia, but somehow aku rasa aku tak boleh bagi any commitment now. So aku terus terang cakap dekat dia, jangan tunggu aku, he deserves better. 

Then ada sorang lagi ni, aku jumpa dia atas urusan kerja. Tapi sejujurnya, aku annoying dengan dia haha. Tak boleh la, dia start cakap je aku rasa nak tumbuk muka dia haha. Aku paling elak nak jumpa dia. Berapa kali dia ajak keluar, aku tolak cara baik. Hari tu aku ada kes kat Mahkamah, balik office jalan kaki, tiba2 ada orang panggil aku, tengok2 dia, ada dalam kereta. Ya Allah, kenapa yang paling aku nak elak yang mucul depan aku. Dia ajak makan, aku cakap aku busy, padahal balik pejabat aku bergosip je haha.

Yang annoying la yang jadi laki kau karang. Gulp! Choi mulut kawan aku.

Aku ni kasar orangnya, cara cakap pun kasar. Sejak aku cakap nak kahwin tahun depan tapi takde calon lagi, ramai yang mainkan aku. Haha mangkok sekoq2

Nadia! Nadia! 
Apaaa?! 
Eeee garangnya dia ni 
*lembutkan suara* Yee, nak apa? 
Tolong ambil sikit kasih sayang saya ni, banyak sangat 
Tak nak! Saya da cukup, karang saya pulak melimpah ruah haha

Nadiaaa 
Ye! 
Amboi gangster nya dia ni 
*Jeling* 
Jangan jeling macam tu, nanti saya lagi jatuh cinta 
*tunjuk penumbuk* 
Haii lagi jatuh cinta. Eleh awak ni kasar2 macam ni, kalau dengan right guy, lembut jugak kan? 
Takde makna! Haha 
Elehhh 
Try la! 
Jangan, nanti awak mimpi saya malam2 
Ah kirim salam 
Jangan sombong Nadia, awak takkan tahu takdir awak macam mana 
*terdiam, terus bla hahaha apa hal kau tiba2 nak serius ni?*

*keluarkan duit seringgit2 depan aku*
Bila la nak cukup nak masuk meminang Nadia ni?

Hahaha mangkok tau dapat kawan2 macam ni. Nganjeng je kerja. Menyesal aku bagitau bila dorang tanya nak kahwin bila. Haha aku pakai cakap je oi! For now, like I said before, aku tak ready lagi for any commitment.

Aku kan kurang perasaan. Aku takde perasaan nak mula kan conversation, aku tak pasti aku rindu ke tak, sayang ke tak. So susah. Nanti banyak jiwa yang terasa haha. So biar aku take time for myself dulu, bina perasaan dalam diri, then I go for commitment.

Sorry, aku tak pernah ada niat nak mainkan hati sesiapa. Maaf, kalau ada yang terasa.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance