Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 18 March 2014

Sedapnya rasuah nomnomnom

Ada orang makan nasi, ada orang makan roti je pun da cukup, ada orang jaga pemakanan ikut pyramid pemakanan. Tapi ada orang lain dari lain, suka benar makan rasuah. Sedap sangat ke?

Eh mestilah sedap, sekali dapat 20k 30k, banyak tu. Boleh melancong, boleh shopping tak ingat dunia, boleh renovate rumah jadi 5 tingkat, boleh pakai audi walaupun kerani je. Tak ke sedap?

Betul lah, duit boleh buat kita buta mana satu dosa mana satu pahala. Dalam dunia ni, kau ada je duit, semua orang dekat, perempuan pun senang dapat.

Tapi mungkin dorang lupa, yang sedap tu sementara je. Hancur dunia, hancurla segala harta yang kau ada, dengan kau kau hancur sekali.

Tak fikir keberkatan ke? Duit tu la nak bagi anak bini makan, anak belajar. Tapi memang ada orang tak anggap benda ni dosa, dorang rasa benda macam ni rejekiiii.  Hmmm.

Someone pernah cerita kat aku yang ada orang mengaku dia tak pernah guna duit gaji, semua duit 'bawah meja'. Macam mana dia boleh cerita dosa kat orang dengan bangga sekali?

Benda ni da berleluasa sekarang. Buat cara terang-terangan pun ada. Depan manusia boleh la kau tunjuk hero ye, menjawab la depan Dia nanti.

Biar hidup susah, janji berkat tu dapat. Ya Allah, jauhkan aku dan keluarga ku dari perkara2 yang dibenciMu.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance