Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 29 March 2014

Presumption of death

Menurut undang2 sivil, dalam Evidence Act 1950, ada menyatakan seperti berikut;

Burden of proving that person is alive who has not been heard of for seven years
108. When the question is whether a man is alive or dead, and it is proved that he has not been heard of for seven years by those who would naturally have heard of him if he had been alive, the burden of proving that he is alive is shifted to the person who affirms it.
Maksudnya, jika terdapat persoalan samada orang tu masih hidup ataupun tak, dan da terbukti selama 7 tahun bahawa tak ada apa2 berita kita dengar pasal dia (dari orang2 yang rapat dengan dia) yang dia masih hidup, jadi, sesiapa yang kata dia masih hidup hendaklah buktikan hal tersebut.

Dalam undang2 Islam pun ada isu ni. Hari tu aku dengar talk Dr. MAZA kat radio era. Ada ulama' cakap, lepas 4 tahun tak jumpa baru boleh ishtihar da meninggal. Tapi dari segi masa tu, banyak pendapat, ada yang kurang dari 4 tahun, ada yang lebih. 

Dalam kehidupan harian, terutamanya orang Islam, benda ni selalu timbul bila kita nak bahagi harta pusaka, diepercayai ada waris tapi kita tak jumpa waris tersebut. Ianya menimbulkan masalah sebab itu amanah. So kalau ikutkan, kena tunggu 4 tahun (or 5 tahun aku tak ingat) baru kita boleh confirm kan yang waris tu memang takde da. 

Isu ni timbul baru2 ni berkaitan dengan isu MH370. Bila kat FB ramai sedekahkan Al-Fatihah dan telah ditegur oleh beberapa ulama negara sebab tiada bukti sahih lagi yang dorang da meninggal, dan masih belum cukup 4 tahun untuk ishtiharkan mereka meninggal.

Isu edah juga timbul. 

Apa yang aku dengar Dr. MAZA cakap, zaman da berubah, teknologi semakin canggih. Bila kita sebagai manusia dengan sehabis daya kita, kemampuan kita, dengan teknologi yang ada, dapat buktikan yang MH370 memang terlibat dalam tragedi yang secara logik akal kita boleh fikir yang mereka tak mungkin hidup da, then kita boleh ambil tu sebagai mereka da meninggal.

Tapi sefaham aku, kita takde bukti yang benar2 kukuh lagi.

Bab bacakan Yassin dibenarkan dengan niat untuk memudahkan urusan, bukan untuk sedekah pada orang meninggal.

Innalillahi wainailahirojiun pun dibenarkan sebab pada hakikatnya ungkapan tu bukan hanya untuk orang yang da meninggal, tapi untuk sebarang musibah yang menimpa, untuk mengingatkan kita yang kita semua ni hak Allah, semuanya akhirnya akan kembali kepada Dia.

Wallahualam. Betulkan kalau aku salah.

Kuasa Allah kita tak tahu kan. Teruskan berdoa.

Sedikit selingan. Aku baru tahu, elok aku kongsikan. Sebelum ni waktu dalam haid, sebelum tidur kadang2 aku ambil wudu'. Rupanya ramai ulama menyatakan tak boleh sebab kita dalam hadas. Ada yang kata boleh, tapi niatkan wudu' tu sebagai kebaikan sebelum tidur, bukan untuk berhadas kecil. Thank you Fazlina for sharing :)

Another thing is, tadi kawan aku tanya boleh tak ambil wudu' dalam keadaan bogel. Ustaz aku pernah cakap boleh tapi tak elok, paling tidak pun tutup dari pusat ke lutut. Kawan aku cakap dalam syarat sah wudu' takde kena tutup aurat, tapi kebanyakan ulama' cakap makruh kalau bogel, ada jugak yang cakap haram. Lagipun malaikat malu tengok kita bogel tehee.

Wallahualam. Again, kalau aku salah betulkan. Benda ni semua banyak pendapat. Sebab tu pentingnya kita ada ilmu, untuk kita yakin yang mana kita nak ikut, janji tak terpesong dari syariat.

Sekian, sedikit perkongsian. :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance