Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 19 March 2014

No match maker and sweet talker allowed

Hari tu aku balik kampung, baring atas sofa sambil main handphone. Kat Kampung boleh main dengan handphone je la, takkan nak main kejar2 dengan nenek aku yang sakit lutut pulak, nak main dengan kucing, kucing nenek da bagi dekat orang repair aircond, nak main dengan cousin, dorang layan Korea zzz.

Tiba2 aku dengar macam Pah sebut2 nama aku dekat Mak, terus aku pasang telinga. 'M tanyakan Nadia untuk anak laki dia yang sebaya Nadia tu'. Lol, aku ignore kan bagai angin yang menyapa dan berlalu. Gituu!

Sebagai bakal wakil rakyat, petang tu aku pergi rumah jiran2 tetangga nak bersembang-sembang. Tiba2 sorang nenek ni cakap 'Ooo ni la yang M berkenan nak buat menantu tu'. Terus aku terberhenti dari meneruskan perjalanan. Apahal macam 1 kampung tahu isu ni? Apahal macam serius je semua orang? Apahal ni apahal?

Aku time tu dengan selekehnya, pakai kemeja, jeans, tudung pakai sarung, kasut crocs warna kuning, makan keropok sambil berdiri. Ekau bia bona nak jadikan aku menantu perangai rupa hantu gini? Cuba istikarah dulu. 

Aku tak tahu nak respon apa time tu, aku just hulurkan keropok pelawa makan sebagai tanda hormat. Lepas tu aku biarkan mereka dan berlalu, makan keropok sorang2 atas kerusi batu. Hilang rasa nak beramah dengan masyarakat.

Nasib baik la Mak dan Pah jenis sporting, mereka tak memaksa bab2 ni. Orang kampung tanya aku da ada 'kawan' ke, aku anggukkan je sambil buat senyum malu2. Kawan aku ramai, dekat FB je cecah 800, belum masuk imaginary friends kakaka.

Kemon la, baru 24 kot aku (bajet muda). Tahun depan aku kahwin la, dengan siapa aku pun tak tahu lagi. Aku tak suka match making ni. Macik, saya ni nampak je sopan, saya pandai berlakon, hakikatnya Tuhan je tau hihi.

Semalam ada sorang mamat ni tiba2 message aku. Aku kenal la dia, pernah jumpa sekali. Dia message '1st time jumpa awak saya da suka, awak ni ceria, tenang je cakap dengan awak'. Woi pick up line jenis apa ni woi. Mesti la aku jaga percakapan aku, sebab aku anggap kau future client.

Susah jugak kalau kita pura2 sopan dengan orang ni, orang salah anggap. Tak tahu aku ni grago haha. Depan makcik2, depan client, mesti la aku jaga adab percakapan aku.Takkan nak pakai radak je. 

Time belajar dulu, aku ada terfikir nak kahwin awal. Tapi time tu takde siapa pun datang haha. Time aku tengah sibuk mebentuk masa depan yang unggul ni, time tak rasa pun nak kahwin lagi, maka menderu la ujian datang.

Aku tak tolak kalau da jodoh. Just aku tak suka match making, aku tak suka laki yang baru kenal  tiba2 buat ayat sweet dekat aku. Just keep whatever you think about me, I have no interest to know.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance