Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 25 March 2014

MH370

Semalam dengar PM umum pasal MH370, 'ended her journey in Southern Indian Ocean'. Allah, Allah, Allah. Terus rasa sedih yang amat, walaupun takde siapa aku kenal dalam tu. Terus terfikir perasaan keluarga dan kawan2 terdekat mangsa, terus terbayang apa yang sebenarnya mereka lalui. Hanya Allah yang tahu.

It's a big lost and big tragedy to our country, especially to the families, indeed. Pergi kerja tadi dengar radio, hati rasa sangat berat untuk terima berita sedemikian rupa. Sampai pejabat baca paper. Then dengar perbualan seorang ibu kepada mangsa telefon Media suruh terangkan apa yang PM cakap, sebab dia tak faham Bahasa Inggeris. Okay enough, I couldn't take it, no more.

Ini ujian Allah kat negara kita. Baru nak menginjak ke bulan 4 2014, macam2 benda terjadi. Allah is warning us. Banyak benda yang kita kena betulkan. Macam mana dasyatnya pun teknologi yang kita ada, takkan dapat melawan 'kun fayakun' Allah.

Aku harap, semua keluarga yang terlibat banyak2 kan bersabar. Berat telinga yang mendengar, berat lagi bahu yang memikul. The announcement by PM is beyond reasonable doubt, tiada ragu2. Terimalah berita ini dengan seredhanya, inshaAllah mereka ditempat yang lebih baik.

Kehilangan memang menyakitkan, kehilangan tanpa jasad lagi pedih. Tadi dengar berita, PM nak bincang dengan majlis Fatwa Negara untuk bila nak buat solat jenazah ghaib. Allahuakbar. Kita yang kehilangan at least ada kubur nak melawat, dorang ni hanya bersandar pada doa. InshaAllah Allah makbulkan.

Salam Takziah untuk semua keluarga dan rakan2 baik mangsa. Kita semua turut merasai kehilangan mereka. Bertabahlah, percayalah pada janji Allah. Moga bertemu di syurga. 

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance