Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 30 March 2014

Kenali aku

Aku degil. Dulu secara terang-terangan, sekarang dalam diam. So far, kekerasan hati aku mak ayah je kot yang faham. Tapi sekarang aku da pandai pujuk diri sendiri untuk tak berdegil. Tapi ada jugak benda yang aku tak boleh tolerate.

Aku jarang ada benda yang aku betul2 nak. Tapi kalau ada yang aku nak, so far takde siapa yang boleh buat aku turn it to taknak. Haha -_-''

Aku bagi contoh eh. Aku nak sangat bercuti kat satu pulau ni. Aku pun sampaikan hasrat murni kepada keluarga. Keluarga di sini means pakcik makcik semua. You know mak2 dan ayah2 ni, tahu dorang sayang, tapi kadang2 benda yang dorang halang tu aku tak boleh terima haha. Lagi dorang halang lagi aku nak buat

'Eh bahaya la pergi perempuan je'

'Eh time tu laut bergelora'

Eh itu eh ini. Benda tu betul, aku tak nafikan. Tapi macam mana eh nak cakap haha. Aku nak pergi bercuti bukan nak pergi kahwin lari, tolong la redha, janganlah cakap bukan2. Doa tu. Tapi aku diam je, aku tak melawan. Sebab tu tak ramai orang nampak aku degil sekarang. Karang trengg tengg tengg tiba2 je aku da sampai sana haha

Sebab tu kadang2 ada benda aku nak buat aku tak bagitau siapa2, aku pakai redah je. Da selamat semua baru aku bagitau. Kalau tak selamat mesti dorang tahu dari orang lain haha. Nauzubillah. Aku pernah naik teksi sorang2 dari Perlis ke Kedah, siapa pun tak tahu. Da sampai Kedah aku called mak bagitau. Ha memang setahun aku kene bebel. Tadah je la sambil gelak2.

Mak; Ha gelak2
Aku; Haha nak bebel apa, kan da selamat sampai
Mak; Memang la kali ni selamat, lain kali? Kalau tak bebel kamu buat lagi, bahaya tau tak, jalan da la sunyii bla bla bla

Balik kampung kena sambung bebel dengan opah makcik2 sekalian pulak. 

Sebab tu mak cakap aku berani. Kalau aku mintak apa2, yang boleh diterima akal, mak pujuk ayah suruh redha sebab ayah ni over concern, banyak tak boleh dari boleh which is bagus sebab NO dia memang untuk kebaikan aku (sedar pun kau). Mak tahu aku degil, tak bagi aku buat jugak. Jahatnya aku. Huhu. Kadang2 mak pujuk cara baik, aku ni kena guna reverse psychology aku rasa haha macam orang gila pulak bunyinya. Sebab makin kasar orang tu menentang tak bagi apa aku nak buat, makin aku nak buat.

Aku pernah pergi sungai, da pergi sungai takkan aku nak sampaikan ceramah pulak, memang niat aku nak mandi la. Sebelum pergi ayah pesan jangan mandi sebab time tu kat situ banyak kes kencing tikus. Aku diam je time ayah cakap, ha tidak huh pun tidak. Tapi bila balik aku dalam keadaan basah haha. Kena bebel lagi, tadah je la haha.

Tapi sekali tu je la, janji aku da langsaikan niat aku, lepas tu sampai sekarang aku tak pernah mandi sungai lagi.

Ada orang pernah cakap kat aku 'Aku doa kau dapat kahwin dengan orang yang tegas, yang dapat kawal kau, baru padan muka' Hahaha T___T

Tu kadang2 aku runsing jugak fikir kalau dapat suami yang tak redha dengan perangai aku macam mana mak ayah aku redha dengan perangai aku. Redha ke terpaksa redha Nadia? Hewhewhew

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance