Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 3 March 2014

Istikarah & Marriage is a gamble

Someone asked me to read this. I read this from facebook;




Dalam hidup, aku pernah buat istikarah banyak kali untuk macam2 hal. Tapi aku tau nak dapat petunjuk yang jelas itu susah. Aku just berdoa kalau itu terbaik untuk aku, permudahkan segala urusan aku, bukakan jalan untuk aku pilih yang terbaik untuk diri aku. 

Aku memang tak pernah dapat mimpi. Kalau mimpi pun mesti aku akan musykil jugak, so lagi senang kalau Allah tunjukkan jalan. Kadang2 kita tak sedar Allah tunjukkan jalan. Tau2 je benda tu tak menjadi, so faham lah kan. 

Allah pun tahu aku ni manusia lampi (lambat pick-up). Kalau Dia bagi mimpi kat aku pun, aku tak faham punya haha -_-''. So dia pandu aku ke jalan yang sepatutnya aku ambil.

Kalau nak ikutkan mimpi, mesti aku da ajak someone tu kahwin dengan aku. Haha gila oi, aku pernah mimpi kahwin dengan dia, bercuti dengan dia, the worst is aku mimpi aku pregnant dan beli barang baby dengan dia. Tak ke gila. Istighfar aku bila terjaga dari mimpi. But somehow, I don't feel he's the one. Aku da ada kehidupan aku, dia pun da ada kehidupan dia. Hope kami bahagia dengan kehidupan masing2 haha.

Ok lupakan hal itu. Mari terus berusaha jadi yang terbaik dan dapat yang terbaik.

Hari tu aku teman kawan beli barang tunang dia. Macam2 tips tunang dia bagi aku, especially on budget la. Tercekik aku dengar bajet dia. Mahal woi! Haha. Nanti aku buat tunang simple2 je la, tapi seronok jugak pergi beli barang2 macam tu hek hek hek.

Aku rasa aku da kene simpan duit dari sekarang. Memang aku ada simpan sikit, tapi sikit je la. Niat nak kahwin tu ada tapi tak tahu bila, tak tahu lagi dengan siapa. So kita buat early preparation, kalau tak kahwin pun at least duit tu boleh buat beli superbike kah kah kah. 

Tengah makan, macam2 aku sembang dengan kawan aku. Pasal kahwin, aku tanya dia 'Macam mana kau tahu he's the one?' Sambil gigit ayam, slumber je dia jawab, tapi buat aku terfikir;

'Aku tak tahu, aku ada buat istikarah beberapa kali, tapi tu la, takde la dapat petunjuk yang jelas pun. Nak kata jalan tu senang pun takde la sangat, biasa la kan nak tunang ni banyak hal nya, tapi tu la, da sampai tahap ni, so ini la. After all, marriage is a gamble'

Marriage is a gamble. Hmmmm. Betul la kan. Kita kahwin dengan someone, takde jaminan yang itu jodoh kita sampai ke syurga. Ada yang kena cerai, ada yang mati, then kahwin lain. Kita kena harung jugak untung rugi sesuatu perkahwinan. Siapa nak perpisahan kan? But sometimes it is out of our hand, kita kena percaya pada tangan Yang Maha Tahu, kita kena serahkan segalanya pada Dia bila kita da buat yang terbaik.

Dulu aku takut nak kahwin, aku takut aku tak boleh jadi yang tebaik. Tapi kalau dilayan rasa ni, sampai bila aku tak kahwin. Nak takut apa? Manusia memang tak sempurna. Kau pegang je Allah tu sentiasa ada, InshaAllah kau akan baik2 saja.

Yang penting jangan kahwin dengan gambler haha. 

Yang penting sekarang ni aku nak habiskan chambering dulu hahaha. Bye!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance