Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 10 March 2014

Faz's E-day and sleep over at Rose's

Sabtu lepas antara Sabtu yang aku takkan lupa for my entire life acece. Aku kerja Sabtu actually, masuk pukul 9, pukul 10.30 slumber je aku keluar pergi Grik nak attend E-day Fazlina, one of my favourite girl. Mmuaahhhhh.

Dari sini aku drive sorang2, mula2 ayah tak bagi, tapi ayah tahu aku ni, kalau dia tak bagi aku drive jugak, so baik dia redha hihi. Sampai dalam pukul 11.45 gitu, paling membanggakan Iolss tak sesat *standing ovation*. Dan pihak lelaki dari Kelate Cik Mek Molek pun tak sampai lagi, fewww eh da macam nak meminang kau pulak haha.

First time after SPM, kitorang dapat kumpul 7 orang sekali, cukup korum, best gilaaa, rasa nak jerit kat majlis orang hehe. Lepas kat sana sampai pukul 3 lebih, lepas tu gerak balik. Catering dekat rumah Faz sodap, sampai Mira bungkus bawa balik la udang masak merah haha.

Malam tu kitorang tidur rumah Ros, kecuali Faz dengan Marz. Marz balik KL jumpa suami kiki. Aaaaa da lama gila tak tidur sama2. Hamek kau malam tu bersembang sampai pukul 3 pagi. Mula2 masing2 da kuyu, lepas tu bukak topik hot, bukak segala pekung di dada, haa buntang mata semua orang. Benda yang sepatutnya jadi serius pun boleh jadi lawak kalau dengan dorang haha. Aaaa I really miss them.

Pagi semalam hantar sorang2 menuju ke destinasi masing2. Sedih di dada nak berpisah dengan mereka. Sampai rasa tak nak kerja hari ni *takbolehmoveon*

Girls, hope one day we can spend time together again like we did last weekend. I really heart each one of you. Take care, till we meet again. Mmuahhhhhh!

Gambar ada beratus-ratus, tapi disebabkan aku malas nak transfer, tengok je la satu haha

Tahniah Fazlina & Adli
Selamat menempuhi dunia 'berdarah manis'
Semoga tabah menghadapi setiap dugaan
Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga


*Negara kita sedang diselebungi suasana getir, risau dan sedih tentang kehilangan MH370. Terima kasih kepada semua bantuan dari negara2 luar. Walaupun takde orang yang aku kenal dalam tu, but my heart broken into pieces whenever I read about the news. Keep praying for Allah will do His best.

Ya Allah,
Jika mereka lapar, kenyangkanlah
Jika mereka dahaga, hilangkanlah
Jika mereka gundah, tenangkanlah
Jika mereka ketakutan, lindulinglah,
Jika mereka di sisiMu, amankanlah

Ya Allah,
Berikan kami petunjuk di sini
Berikan kami jawapan yang pasti
Sabarkan hati kami yang ternanti-nanti
Redhakan hati kami di atas setiap kemungkinan yang akan terjadi
Bisikkan pada hati kami; Aku berkuasa di sini
Supaya kami tetap berpegang teguh pada tali Mu wahai Ilahi.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance