Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 16 March 2014

Ethic Course

Rabu lepas aku pergi KL, attend ethic course yang wajib untuk semua chambering student. Tapi aku tak ambil exam dia lagi, April baru ambil. So tak boleh cross out Ethic Course lagi.

Takde apa pun nak cerita pasal Ethic Course tu obviously aku manusia beretika haha. Attend course sekali dengan Cha and Dira. Cha tumpang tidur rumah Cik Lin sekali dengan aku. Nasib la ada courses macam ni yang boleh buat aku jumpa kawan2 yang dirindui yang duduk  macam2 negeri. Pergi course dengan niat nak bergosip dengan kawan2 adalah bagus untuk kesihatan otak, coz all the courses that I've to attend make me sick haha bab over bagi kat Peah sorang ni.

Time balik 5 jam aku duduk dalam train. Nasib baik bawa bantal support leher siap ada mesin mengurut. Tapi aku tak massage pun, sebab aku rasa otak aku bergegar. Stesyen keretapi Kuale yang baru da beroperasi, sampai aku sesat la nak keluar dari stesyen tu haha. Plan struktur stesyen tu pening gila, nampak je cantik.

Tak effect pun kursus etika kat kitorang bahahaha.

Aku habis chambering inshAllah bulan 6. Long call tak sure bila sebab time tu da nak masuk Ramadhan. Cepat la habis chambering, I is da serabut dengan hal2 duniawi ni hahaha. Bos aku da bagi hint nak suruh aku retain dekat situ after chambering, tapi aku tak bagi jawapan lagi. Padahal macam da ada jawapan. Cuba teka? Cuba teka?

Plan aku, nak stay sampai raya ke. Then tahun depan bulan 1 aku nak cari kerja kat KL, sementara muda ni eloklah cari pengalaman kat tempat orang, kumpul aset sikit2 ye dak? Lepas raya sampai nak tunggu dapat kerja kat KL, aku nak kerja 7e hahaha. Oi tu cita2 aku kot. Jadi lawyer pun bukan cita2 aku tau haha.

Hari tu aku baring2 sebelah mak ayah dalam bilik dorang, penuh tokmaninah aku bagitau hasrat aku nak merasa kerja kat 7e. Sure la parents aku tak bagi. Mak cakap 'Da elok2 kerja dalam office, kamu nak seksa diri kira stock angkat barang semua tu kenapa?. Ayah pulak cakap 'Tak payah, bahaya kerja tempat macam tu' I is so terguris hati mendengar jawapan mereka rasa nak lari dalam rumah sambil tendang semua pintu yang ada tanda protes  haha.

Tapi before bulan 9 ni aku akan cuba pujuk mereka at least sekali bagi apa yang betul2 aku rasa nak buat. Ramai tanya why 7e? Aku pun tak tahu kenapa haha. Ayah cakap kerja tu ada shift malam, aku cakap shift boleh pilih, tapi memang aku ada niat nak kerja shift malam haha T__T Aku siap berangan malam2 takde customer aku lepak luar kedai atas motor sambil kira bintang. Walaaaa. Bukan lama pun aku nak merasa, 3 bulan je pun.

Mak cakap aku manusia berani. Sedara2 semua cakap aku manusia berani sampai hantu pun give up kacau aku haha. Aku tak la berani sangat, tapi aku jenis tak fikir  kemungkinan yang buruk, I live my life for now, not for future, even a second ahead.

Kenapa nak fikir yang buruk2 untuk masa depan sebab tak tentu benda tu akan jadi kat kita. Kita kena percaya takdir Allah, kalau Allah takdirkan itu, itu la. Tak semestinya apa yang jadi kat orang lain, jadi kat kita. Risiko tu ada, tapi jangan jadikan benda yang tak pasti tu sebagai satu realiti yang akan terjadi. Jangan hidup dalam ketakutan masa depan. 

Kau kerja biasa2 je sampai tak boleh nak buat simpanan bulanan, lepas tu kau takut nanti da tua kau tak cukup duit nak tampung hidup kau, kau takut da tua kau merempat, tapi persoalannya, kau hidup ke sampai tua yang kau maksudkan tu? Percayalah, selagi Allah ada, selagi kita percaya Dia, selagi kita berpegang pada Dia, semuanya akan baik2 je.

Dulu time aku tengah berkawan dengan orang yang kerja jauh, yang jarang ada kat rumah. Ramai kecam aku (kecam, power penggunaan bahasa kau Nadia! haha). Banyak la soalan aku terima ;
Tak takut ke nanti kahwin dengan dia, duduk rumah sorang2, lepas tu pencuri masuk?.
Tak takut ke nanti dia cari perempuan lain time dia tak kat sini?
Nanti tak sedih ke kalau pregnant takde suami kat sisi?
Huk aloh mereka ini, baru berkawan je dorang da fikir sampai aku pregnant, agak2 la oi! Bawa bersabar, go beyond sangat tu haha. Tengok, penat2 serabut fikirkan masa depan aku, aku tak menjadi pun dengan dia. Hahaha. Buang masa je korang ni tolong fikirkan on behalf, aku pun tak pernah fikir macam tu sekali.

Kalau aku kena macam tu, aku diam je senyum sebab kalau aku nyatakan pendirian hidup aku, mungkin dorang tak faham. Ya Allah, please eliminate all the negative thoughts in your mind. Kalau semua orang berfikiran macam tu, kesian la pilot tak kahwin, sailor man tak kahwin, navy tak kahwin, pemandu lori tak kahwin. Macam tu pegawai kerajaan je la boleh kahwin sebab pukul 10 pagi pun boleh balik rumah jumpa isteri hahaha.

Bukanlah aku tak fikir langsung masa depan. Aku da fikir nak beli rumah, kereta bagai. Tapi tu la, aku fikir yang baik2 je. Kalau aku fikir yang tak elok, tak hidup la aku. Fikir nanti bawa kereta akan accident, fikir kalau naik kapal terbang nanti kena hijack, kalau fikir macam tu nak duduk dalam rumah pun takut sebab takut rumah roboh. Get it?

Tak ke beretika otak aku ni? Haha

4 comments:

  1. Betol..sama la..sy pn jnis yg mcm ni..mudah je..tmpuh ape je ada kt dpn.. Allah ada kn... As long as ape yg kita buat diredhai Allah..

    ReplyDelete
  2. Sy chambee dr Alor Setar, nk tanya skit, korang ada tak checklist utk korg follow? klu ada boleh bg sy tak. ada org bgtau korg ada checklist.

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance