Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 3 March 2014

Bukit Merah & Padang Kota

Hari tu aku pergi Bukit Merah dengan family aku, kekonon nak release tension haha bab poyo bagi kat aku. Kitorang sampai dalam pukul 12 lebih. Syok betei weh, da lama aku tak berendam. Aku gian gila nak mandi sungai, tapi ayah tak bagi, sebab sungai kat sini ada kes kencing tikus.

Ikutkan hati aku, aku pergi je. Tapi fikir kalau jadi apa2 nanti, mati sia-sia je aku haha. So mari kita ke Bukit Merah. Pergi 2 kereta je, dengan pakcik makcik, adik2 & cousins. Sampai adik aku bengkak bibir la kena sepak dengan cousin aku masa nak turun dari bebola gergasi haha.

Tiket masuk Bukit Merah untuk waterpark je, adult RM30. Tak boleh pakai kad siswa. Pffft. Kalau compare Bukit Merah dengan Lost World, Lost World much better kot, walaupun tiket mahal sikit, but worth it. And Lost World boleh guna kad siswa, 1 kad siswa boleh pakai untuk 9 orang. Dari RM48, jadi RM40.80 tak salah aku. Dengan segala entertainment yang ada, bagi aku sumpah berbaloi. Nak pergi pun sekali sekala kan, melampau nauu kalau nak pergi tiap minggu haha

Bukit Merah da la body slide punya section closed hari tu, penat tau I pakai swimming suit hak hak hak. Lepas ni kami rancang nak ke Lost World pulak. Huahuahua. But we had so much fun at Bukit Merah. It doesn't matter where you go, as long it's with  family members :)

Sekarang kan musim panas, kitorang tinggal selipar kat pondok, nak ke satu section ke satu section lagi kaki ayam je, hazab gila oi, terbakar kaki, organ2 dalaman pun rasa terbakar. Ya Allah jauhkan aku dari seksanya api neraka. T_T

Tapikan, kenapa panggil kaki ayam eh? Aku tengok gajah harimau kuda kucing takde pakai selipar pun. Hmmmm

saat yang ditunggu-tunggu

I love my current handphone hik hik hik. Swimming suit aku tak ingat beli kat mana. Tapi cuba tengok web ni. Sebijik macam aku beli. Baju dengan seluar bersambung, so tak terangkat bila kau kuak lentang ke kuak kupu2 ke. Baju pun longgar, baju labuh. Dapat tudung dengan cap. Berbaloi beli :D Goggle aku beli dekat Jusco, yang ada power. Kalau spek kau power +3.5, goggle kau beli +3.0 sebab dalam air sight dia lain, promoter tu la yang bagitau aku hehe

Dalam pukul 3 lebih kitorang keluar. Lepas tu saja gatai nak pergi Penang sebab boleh la jama', padahal sempat je nak solat Zohor dalam tu. Alasan semua tu haha. Pergi penang was unplanned. Pergi makan2 je pun kat Padang Kota. What can I say, makanan2 kat Padang Kota superb. Kau duduk je kat meja, ada la 10 orang datang serbu kau tanya nak makan apa. Terpinga-pinga jugak aku bila dorang buat macam tu sebab semua bercakap sekali, sampai tak tahu nak makan apa.

Hari tu kitorang makan Pasembor off course, laksa, kerang bakar, sotong kangkung, coconut shake, ais kacang, dan lain2 haha. Boleh dikatakan semua makanan sedap, dan harga berpatutan. Tak menyesal pergi lepas lapar berendam suku hari hehe.

on the way balik. Nanti nak pergi Penang lalu jambatan baru pulak ;)

Terima kasih Che Man, Cik Ain, Mak Ida, Pakcik sebab bawa kitorang, belanja makan semua. Nanti bawa la lagi haha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance