Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 10 February 2014

Wanita berkerjaya

Korang tahu tak, pagi tadi aku rasa sesak dada, rasa nak nangis bawah meja office, rasa taknak tegur semua orang. Tapi petang ni aku boleh nyanyi2 dalam office. Tak rasa ke aku gila? Bukan aku je ohkayy. Dalam sebulan mesti ada sekali perempuan jadi gila haha. 

Tadi ada orang tanya aku, seronok tak jadi lawyer? Tanpa fikir 5 saat, aku jawab tak. Then aku tanya dia balik, dia akauntan. Dia pun tak fikir panjang jawab tak. Haha. Setiap orang ada masalah tak suka kerjaya sendiri agaknya.

Sepanjang aku kerja aku banyak deal dengan bank, dengan orang pejabat2 kerajaan, clients, etc. Konklusi yang aku boleh buat, aku lagi suka deal dengan manusia yang berjantinakan lelaki. Kerja dengan kebanyakan dorang adalah mudah, mereka tak remehkan benda yang tak sepatutnya diremehkan. Perempuan ni kadang2 particular dia tahap annoying. (aku harap aku tak macam tu haha).

Perempuan ni kadang2 emo dia tak boleh jangka. Alhamdulillah, staffs kat pejabat aku so far takde yang emo tak tentu pasal. Aku pernah deal dengan sorang perempuan ni, tak tahu la period tersumbat 3 bulan ke apa, tapi emo dia tudiaaa boleh buat aku tergelak. Macam tak pepasal kau nak emo, aku tanya elok2 kot. Lepas tu bising2 dia banyak kerja. Hello perempuan, yang aku call kau tu bukan sebab kerja ke? Kau ingat kau sorang je berkerjaya kat Malaysia ni. Apa kau ingat aku call nak ajak pergi makan Mc'D? Hahaha

Come on la, semua orang banyak kerja. Pandai2 la kawal emosi. Aku kalau time aku PMS takde mood pun, dengan kawan2 kerja aku akan senyum jugak walaupun mungkin nampak fake, just aku tak banyak keluar bilik melayan perasaan sorang2 haha.

Aku punya style, kerja banyak mana pun, aku buat cool je. Aku buat silap pun, aku buat cool je. Haha. Manusia mana yang tak buat salah kan? Lagipun aku chambering ni la masa nak buat salah tanpa rasa bersalah kiki. 

Kerja banyak mana pun, aku tetap balik on time. Kalau balik lambat dibayar takpe jugak. Kerja kalau nak dikisahkan memang tak balik rumah la kau. Paling lambat aku balik pukul 6, itupun kalau memang urgent nak guna pagi esok. Kalau nak guna tengah hari esok, pagi esoknya baru aku siapkan. Last minute person kan haha.

Lepas kerja sampai sebelum tidur tu la quality time with family. Kalau kau balik semua orang da tidur, bila nak ada quality time nya? Kalau kau duduk rumah bujang lain cerita la. Aku ni nak fikir suami lagi, anak 12 orang lagi hahahaha aku tipu. Aku duduk dengan parents, petang2 la nak sembang2 dengan dorang sambil makan goreng pisang.

Kita kerja untuk tolong keluarga, tapi jangan sampai abaikan keluarga. Keluarga tak nak sangat duit kita, yang dorang nak perhatian kita lebih. Ha gituuuuuuu!

2 comments:

  1. betul la..cmner ea nk suka career sndiri?almost a year..until now.. i just want to be happy on what i'm doing.. moga Allah redha..

    ReplyDelete
  2. niat kerja sbg ibadah, nk tlg family, nk tlg masyarkt. inshaAllah Allah permudahkan n lama2 ikhls dtg.
    *pandai nasihat org*

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance