Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 19 February 2014

Tak habis2 Chambering

Yaa kembali bersiaran langsung dari pejabat haha. Masih berada dalam dunia chambering yang urghhhh sabar je la. 

Semalam aku mention 2 kes bankruptcy depan Timbalan Pendaftar. First time aku mention depan beliau. Masuk je bilik, wuu handsome jugak tapi muka tada sinyum. Hampir2 je aku nak cakap 'Dengan izin tuan, saya Nurul Nadiah binti Ahmad Roslan, pelatih dalam kamar yang masih bujang.....' nasib baik tak tersasul sebab dia da kahwin kah kah kah.

Lepas tu pergi breakfast dengan En. S, En. A, Jau, Umi and Syafiqah. En. S banyak gosip dengan En. A, biasala lawyers kan, aku gosip dengan Jau, Umi dengan Syafikah hahaha kat kedai makan pun sempat.

Aku cerita la hasrat aku nak kerja kat KL nanti. En. A dulu kerja dekat KL, then tak tahan pindah balik duduk kampung. Dia cerita dengan penuh serius 'Masa saya jadi LA (Legal Assistant) dekat KL, seminggu 3kali saya tidur dekat office. Bawah meja saya ada bantal, tilam dan stok makanan'. Tercekik ais batu aku dengar cerita dia haha. Dia tambah lagi 'Sana gaji banyak pun cukup2 hidup, sini gaji sikit pun cukup2 hidup' -_-'' 

Maka aku malas fikir masa depan lagi, kita fikir masa sekarang. Dengan ILKAP, Ethic Course and Exemption Exam Bahasa Melayu aku tak settle kan lagi, Dock Brief lagi 13kali, Letter of Introduction baru 2 terisi T___T. Siapa bergurau nak masuk meminang aku sebelum raya ni memang aku pergi jumpa dia cekik kolar baju dia, dan berkata 'don't you dare!' kah kah kah. 

Dah bye. Aku karang entry ni pukul 9.15, 10.13 baru habis. Betapa sekarang aku mementingkan kerjaya dari keblogan haha. Bye!


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance