Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 5 February 2014

Sembang sorang2 #15

Selalunya entry sembang sorang2 ni wujud sebab aku tak tahu nak letak tajuk apa untuk banyak hal yang akan digembangkan. Kerja banyak pending, yang ada da disiapkan. Kerja pending ni satu hal, sekali datang, datang berjemaah sampai rasa nak OT (tipu).

Cuaca sekarang nakal tau, suka acah2 orang. Pagi sejukkkkkkkk nak mampus, nak ambil wudu' pun terfikir nak tayamum je. Kumur pun ngilu gigi. Nak mandi pagi rasa nak buat style P.Ramlee mandi. Kena je air dekat badan rasa retak segala tulang-temulang. Ya begitulah hiperbolanya aku explain pasal kesejukan sekarang. Paling benci nak pergi kerja nampak adik tidur berselimut nampak kepala je, rasa nak kenakan renjatan elektrik dekat dia.

Bila tiba tengahari ha amek kau bising sangat kan pagi sejuk, nah rasakan bahang matahari. Dah jangan gedik nak bising sejuk2 da. Rasakannn. Haha. Tapi memang panas sungguh weh. Betul la bumi makin tua. Aku tak boleh la type word bumi, aku teringat kawan Ang dalam cerita Avatar: The Last Airbender (rindunyaa nak tengok cerita tu) Bumi, kawan Ang memang da tua pun.

ini Bumi

EH mana cerita aku pasal dunia da tua? Ah biarlah.

Tahu tak korang telefon tangan aku wajib charge sehari sekali sebab online 18jam, siap main Subway Surf dan Candy Crush yang kadang2 mengundang makian. Tapi ni da 2 hari tak charge. Boleh la aku gelarkan beliau sebagai telefon pintar kembali. Sebabnya? Sebab aku da jarang godek handphone kebelakangan ni. Nampak sangat aku da bosan dengan keduniaan KAH KAH KAH (kejap je ni)

Satu benda yang aku suka pasal handphone aku, bukan je sebab mempunyai tuan yang lawa bentuk yang nipis dan mengiurkan, tapi aku boleh mandikan beliau tanpa sabun. Syok betei rupanya perasaan mandikan handphone, kadang2 kami mandi bersama. Sungguh akrab perhubungan kami HAHA. Bila beliau da berkilat, kepuasan tu hanya aku yang faham. Susah dapat tuan exaggerated ni .Cuba teka siapakah beliau?

Sumpah da tak tahu nak cerita apa. Tadi bukan gebang banyak hal nak digebangkan ke? Apa pun tak boleh Nadia ni.

Tahu tak korang, Che Man reveal nama Beron diambil dari nama Beron Takayama robocope yang jahat. Cesss pakcik2 ku! Harap Che Man pulangkan hard disk aku cepat2 so aku boleh kembali download movie dan menikmatinya.

K Bye.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance