Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 28 February 2014

Pengecualian Peperiksaan Bahasa Melayu untuk bakal peguam

Korang tahu tak dalam mahkamah kena guna bahasa kebangsaan, melainkan dapat kebenaran Hakim untuk jalankan perbicaraan dalam Bahasa Inggeris. Korang tahu tak aku berusaha nak buat satu ayat penuh bahasa Melayu, sebab aku suka campurkan bahasa. Korang memang tak pernah cuba memahami *tetiber hahaha

Okay, untuk semua chambering student kena ambil Peperiksaan Bahasa Melayu. Tapi kalau SPM kau BM dapat A1, kau boleh mintak pengecualian. Caranya kau pergi dekat web ni, then daftar macam biasa. Scan sijil SPM, kena buat salinan sah dari Pegawai Kerajaan Professional atau Notari Awam. Notari Awam ni macam Pesuruhjaya Sumpah la lebih kurang. Tapi bukanlah Pesuruhjaya Sumpah, kat firm kadang2 ada tulis kat signboard Notari Awam. 

Then tunggu keputusan sampai dia cakap LAYAK, means layak dapat pengecualian. Lepas tu guna internet banking/visa/mastercard buat pembayaran sebanyak RM110, including postage. Haha da macam shopping online pulak aku rasa.

Lepas tu print resit bayaran, then tunggu la abe posman hantar sijil tu. Sonang jo. Paling penting ada duit haha. Aku da selesai da, tunggu sijil sampai kat tangan je hehe. Alhamdulillah, settle satu hal.

Sebenarnya aku tak tahu syarat kelayakan pengecualian exam tu. Orang cakap kalau SPM, BM A boleh mintak. Yang lain aku tak sure haha. 

Kalau nak ambil peperiksaan tu, kena bayar RM160 kot kalau tak salah

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance