Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 3 February 2014

My 2 cents about Kelantan

Tudia tajuk macam baguih jaaaa. Haha. Sebelum tu mari aku ceritakan sikit aktiviti aku dan keluarga dekat Kelantan. Pergi dengan family side mak, semuanya 4 kereta.

Pagi Jumaat pukul 5.30 pagi kami da keluar dari rumah sebab nak keluar dari kawasan qariah sebelum azan Subuh. Aku tak tahu word qariah tu betul ke tak, tapi tu yang aku dengar hehe. Mana macam mana aku nak explain eh. Kena keluar dari kawasan kampung tempat kita solat Jumaat. At least sebelum azan Subuh kena ada kat kawasan perumahan orang yang bukan solat kat masjid kampung kita. Faham tak? haha. Kampung sebelah la kiranya. Kalau keluar lepas Subuh, yang laki tak boleh jama' pulak nanti, kena berhenti solat Jumaat hehe.

Perjalanan pagi sangat nyaman dan mendamaikan, tengok sunrise, perghh indahhhhh.

Then kitorang berhenti makan dekat Hentian Perah, Gerik. Sejuk gila weh, mengigil aku. Beli Milo kotak yang tak sejuk, sampai sana terus jadi Milo ais, sungguh tak tipu. Aku makan bihun ketaq-ketaq sejuk. Then next pit stop, nak refuel energy ayah hehe, dekat Puncak Banjaran Titiwangsa. Sejuk woih. Dekat bawah pun sejuk, ini kan pulak dekat top of banjaran. Pemandangan sangatlah breathtaking, sekejap je kitorang singgah.

See the scenery, jangan tengok muka aku, nanti da tak breathtaking da haha

Then kitorang singgah Rantau Panjang. Shopping sikit2 (apa lagi boleh buat kat Kelantan kan? haha). Then balik chalet dekat Pantai Cahaya Bulan. Kitorang memang tiap kali pergi Kelantan akan tidur sana sebab dekat dengan Pantai, damai sikit rasa kepala otak bila da habis duit shopping dengan menempuh jam lagi haha. PCB open sea, so memang tak boleh mandi la, ombak membelah badai sungguh garang, bukan tahap ombak rindu da tu, ombak marah tu haha.

Petang kitorang makan cucuk2 dekat tepi pantai. Tapi kena cekik weh. Kitorang order cucuk2 tu 2 pinggan, 1 cucuk RM1.50, ambil satu pinggan tak sampai 10 cucuk pun. Mula2 dia salah hantar pinggan yang ada udang, kitorang cakap la salah. Then dia bagi yang betul, bila bayar dia kira yang pinggan udang tu. Kene RM50 kot, gila. Da la orang kedai sombong. Malas nak gaduh, bayar je la. Rasa tak nak halalkan je. Dosa tak? Huhu. Korang pergi PCB jangan makan kedai half open air, kedai ke-2 tak salah. Huh

Malam kitorang pergi Wakah Che Yeh. Tak best, dengan crowded nya, barang pun mahal berbanding tempat lain.

Hari ke-2 pergi Wakaf Tok Guru. Beli baju raya oiiii. Over ke tidok? Puasa pun aku tak habis ganti lagi -_-''. Mak aku cakap memang murah kat situ. Tempat pun cozy, sebab baru kan, tempat parking pun banyak. Aku suka la sebab comfortable nak beli then belah hehe. Lepas tu pergi Pengkalan Kubur, barang2 situ mahal sikit dari Rantau panjang, kena pandai negotiate la. Malam jalan2 dekat kedai area pantai je.

Soljer tak aku? haha

Hari ke-3 da nak balik. On the way balik singgah Pasar Khadijah beli keropok. Then singgah Rantau panjang (again?) nak habiskan sisa duit kah kah kah. Perjalanan balik memang banyak kereta, dekat puncak Titiwangsa pun tak takut nak lalu malam2, ada certain tempat jam sikit. Kitorang sampai rumah pukul 12 pagi lebih T___T. Sepanjang kat Kelantan ayah je drive, nasib baik beliau cuti hari ni.

Merah nyalaaa.

Waktu cuti, Kelantan dan jam ibarat aur dengan tebing. Kalau pergi Kelantan, aku suggest kan, janganlah bawa baju lebih, sure beli baju kat sana. Baju hari ke-2 dengan hari balik tu semua aku beli kat sana. Buat berat beg je bawa baju dari rumah.

Sebagai orang Perak, aku tak boleh terima masakan orang Kelantan, plus aku memang kuat makan pedas. Kelantan ni, walaupun pedas, mesti ada elemen manis. So memang mak bawa bekal untuk 2 hari sebab ayah pun tak boleh terima masakan sana. Hari ke-3 telan je la apa yang ada. Bawa bekal jimat pun jimat, sedap pun sedap walaupun hanya ikan bilis belacan, tapi kalau makan dengan nasi panas, memang umphhhh.  Kitorang ada try nasi kukus Zaiman (ke apa ntah) dekat bandar Kota Bharu, not bad, sedap la jugak, just sambal manis huhu. Bekalan air pun kitorang bawa (haha) sebab air kat sana kurang bersih (tak semua tempat, kot)

I mean no offences to Kelantanese, tapi dari pandangan aku sebagai orang luar, Kelantan ni sikit kotor berbanding negeri lain yang aku pernah pergi. Kedai makan kotor, tandas apa kan lagi, masjid pun tak terjaga sangat. Bagi aku Kelantan tumpuan pelancong, setiap individu dan badan kerajaan kena ambil berat benda ni. 

Infrastruktur jalan da A da, da tak jam teruk macam dulu, banyak jalan alternatif disediakan. Good job! Barang2 jangan kau sangkal kemurahan dia. At least kau kena ada 1k kat tangan kalau nak puas shopping kat sana, then kena bawa lori kah kah kah. I only spent RM223 for 1 set baju + seluar askar, 3 tudung, 1 baju kelawar, 1 beg, 1 baju, 2 pasang kasut, berbutir-butir kerongsang. Gila ke tidok? haha

Lagi satu bagi aku, pandangan dekat Kelantan ni kau takkan dapat tengok kat negeri lain, very the kekampungan, yang mana aku suka tengok, rasa jiwa Melayu tu deep sikit. Kau pergi KL, jangan harap kau nak rasa gitu haha

Till we meet again Kelantan, and stay nice!

4 comments:

  1. assalam..sy kelantanese.. Bab air yg kurang bersih tu sy xsetuju..xprnh dgr n xprnh tahu air kt klntn xbersih.. I grow up there.. Skrg walaupun da kje kt ngeri org..klntn tetap dihati.. Sbb nilai2 islamik di kelantan tidak sy temui di negeri lain.. Btw..jgn lupa dtg klate lg..

    ReplyDelete
  2. thats y I mention tak semua tempt kot. mybe sistem air chalet tu yg x berapa elok hehe.

    oh sure! i love being there :)

    ReplyDelete
  3. hai, tiap kali raya n blk kelantan, ktorg adik beradik mesti kena diarrhea sbb air kotor hahaha. so setuju bab tu. :p

    ReplyDelete
  4. blh buat alasan x nk kahwin kt Kelantan k.bell ;)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance