Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 14 February 2014

Kenapa aku tak memasak?

Ini bukan nak bela diri. Peduli apa orang nak cakap aku tak reti masak, janji aku tak pernah kebulur. Haha. Just nak cerita. Ayah aku and few adik beradik dia ada habit tak makan masakan orang. Maksudnya, tak semua orang punya masakan dorang makan. Tapi kenduri takpe, kedai makan takpe. Pelik kan? Tak pelik lah, sebab aku macam tu haha

Ada pakcik aku lagi teruk, da berapa tahun kahwin baru dia makan air tangan isteri dia, nasib baik ayah tak macam tu. Ayah ada 7 adik beradik lelaki, 4 perangai tak makan masakan orang lain selain isteri (nenek aku da lama meninggal). Sepupu2 aku pun ada macam tu, termasuk la aku -_-'' Penyakit keturunan ni haha. Dan hanya untuk nasi je. Kalau mee ke kotiau ke bedal je. Mind set ni mind set. Biasaaa dia tu.

Kalau aku tengok lauk tu pelik sikit, aku tanya siapa masak, kalau bukan orang yang biasa aku makan masakan dia, memang aku tak makan. Tak tahu kenapa. Rasa terus kenyang haha. Aku makan masakan mak aku off course, nenek aku, a few makcik2 aku. Memilih kan? Ha memang haha

Aku selalu elak cakap da kenyang. Tapi mak marah, mak kata at least jamah sikit. Appreciate usaha dia masakkan bagi kita. Sekarang aku cuba la, ayah aku pun tengah cuba, tapi kalau boleh elak memang aku elak. 

Aku kecewa gila bila balik rumah tengok mak tak masak tapi beli kat luar. Haha mengada kau ni. 

Sebab tu aku tak pernah masak kat rumah sebab taknak ayah kecewa. Sebab aku faham perasaan bila kau balik lapar, tapi bukan isteri/mak kau yang masak. Aku da mengalaminya haha.

Takde la aku tak pernah masak langsung, kalau masak pun malam sebab ayah jarang makan malam. Aku pun jarang makan malam. Tapi kalau aku masak, ayah makan je, kadang2 bertambah. Tapi aku tetap risau kalau ayah rasa macam apa aku rasa bila bukan mak yang masak. Hehe

Setakat masak untuk tekak sendiri masak sambal tumis ke masak kicap ke lepas la aku ni. Jangan suruh aku masak rendang, menangis aku depan kuali karang haha. Tapi tu la aku tak konfiden lagi masak untuk family, mak takpe, semua dia makan. Ayah susah sikit sebab aku macam ayah, so aku faham la hehe.


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance