Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 28 February 2014

How to say no?

This is my biggest problem in this world! Aku tak reti nak cakap NO kalau orang tu request something depan2 muka aku. 

Hari tu aku pergi Pejabat Tanah dengan lawyer & client aku. Dorang jumpa ADO. Aku tunggu je kat luar. Then ada sorang laki masuk nak jumpa ADO jugak. Sementara menunggu, dia sembang2 la dengan aku, tanya pasal tanah and pusaka bagai. Mana yang aku boleh jawab aku jawab la.

Then da settle, aku keluar la, client aku nak pergi ambil resit cukai tanah pulak. Sekali terserempak lagi dengan laki tu. Aku da pandang tempat lain taknak cakap dengan dia, tapi dia datang duduk depan aku. Dia cakap nak bawa 1 kes pusaka untuk firm aku. (kot ye)

Then dia mintak nombor telefon, aku nak bagi number office, aku lupa! Then aku cakap nanti datang je la office, jumpa je sesiapa, sebab kadang2 aku takde kat office. Then dia cakap bagi je number aku, dia call aku dulu baru dia akan datang.

Erk sangat! Aku da tak tahu nak elak. Aku tak suka bagi number aku kat stranger, walaupun untuk urusan kerja. Aku ada 1 lagi number aku guna untuk contact client, tapi masalahnya aku jarang guna nombor tu makanya aku lupa jugak number tu haha.

Time tu lawyer dengan client aku da settle kerja dorang, nak taknak aku bagi jugak la personal number aku kat dia, nombor tu je aku ingat. Handphone aku tinggal kat office pulak time tu, apa pun tak boleh kau ni!

Tapi kalau betul dia datang, boleh la mintak boss aku jadikan aku partner sebab berjaya bawa masuk kes hahaha -_-''

Tapi tu la, aku tak reti nak elak kalau orang mintak depan2. Kalau dia mintak kat FB ke tau la aku nak jawab haha. 

Kadang2 time lunch aku malas nak keluar sebab da kenyang. Tapi bila orang ajak, aku pergi jugak, aku tak reti nak tolak. Ada satu perasaan nak jaga hati orang tapi tak reti protect diri sendiri haha.

Cuma aku harap kalau ada ajak aku kahwin, kalau aku tak nak, aku boleh cakap NO. Ya Allah sumpah this is my biggest fear ever hahahaha. 

Macam mana polite way nak tolak tawaran seseorang eh? I don't have that guts. 

Hujung tahun lepas, someone tanya aku 'Kalau tahun depan saya datang meminang awak boleh?'

Aku tahu dia bergurau, eh aku tak pasti, aku rasa dia bergurau. So aku reply dengan bergurau 'Datang lah, tetamu memurahkan rezeki hahaha'

Then aku ubah topik. Tapi sampai sekarang kadang2 aku terfikir jugak, kalau dia serius macam mana? Kalau dia datang betul2  tahun ni macam mana? Yang aku reply tu janji ke apa? Nak tanya balik aku segan sebab aku rasa dia bergurau. Ya Allah janganlahhh dia serius T___T Cepatlah tahun ni berlalu haha. Da la family kitorang kenal. Aaaaaaaaaa. Cool Nadia cool, dia bergurau je tu.

Penyakit ni really need a cure. Aku kena ada courage to say NO. Yes, you must Nadia! T__T

2 comments:

  1. Sama la..sy pn xthu nk ckp no kt org.. Jaga hati org sgtt kn.. Tp lebih baik jaga hati org dri lukakan hati org kn..

    ReplyDelete
  2. betul tu. tp ap yg lg menakutkn bila kita nk jaga hati org tu tp end up kita sakitkan hati dia huhu

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance